aku sedang menanti saat2 bergelar ISTERI kepada seseorang...
doakan aku :)

date Friday, February 19, 2010


tahniah kepada Cik Puan Norm & En. Katok..

kisahadique : wahh en. katok, sekali lafaz je eh? hebat hebat..harap2 en.tunang kita nanti minggu depan, sekuat dan setabah dan semacho en.katok...hehe jangan dia salah sebut nama cik tunang dia ni sudahlah eh :P

date Friday, February 12, 2010

Apabila paras air di Sungai Sembrong Timur merosot, hampir 40 % penduduk di Kluang terjejas bekalan airnya. Loji Rawatan Air Sembrong Timur dikendalikan oleh pihak Southern Water Corporation (SWC) juga tdak dapat merawat air pada kapasiti biasa. Justeru, pengeluaran air amat terhad dan kita perlu bersama-sama memastikan agar pengeluaran air yang terhad ini dapat diagihkan secara menyeluruh.

Berikutan itu, bagi mengagihkan bekalan air bersih kepada semua, kawasan yang terlibat dibahagi kepada 7 zon seperti tertera. (sila rujuk jadual catuan). Jadual catuan yang akan bermula pada 13 Februari ini akan berakhir pada 13 Mac 2010 sekiranya paras air tidak terus merosot. 

Catuan merupakan langkah yang perlu dilaksanakan agar kita masih dapat meneruskan aktiviti seharian. Kerjasama anda amat diperlukan. SIMPAN AIR SECUKUPNYA. Pihak SAJ Holdings akan melaksanakan catuan bekalan air yang bermula pada 13 Februari 2010 selama sebulan.

sila klik untuk tumbesaran

GUNAKAN AIR SECARA BERHEMAH.

Segala kesulitan amat kami kesali dan segala pertanyaan sila hubungi kami di SAJ Info Center 1800 88 7474 atau SMS 019-7727474 atau emel customer.care@saj.com.my

info from SAJ Holdings

date

klik untuk melihat betapa baiknya en.nesface ais :)

akhirnya belog aku dah pulih seperti sedia kala..daripada lembab tahap gaban dia dah jadi laju sket la dari kereta 'porshe blackie' aku tuh :) hehe terima kasih banyak2 pada en.nescafe ais atas pertolongan dia..mungkin pada dia ni masalah ciput sebab dia otai, tapi pada aku ni masalah besar tau..malam tadi aku dah ngamuk2 sambil menyalahkan P1 (potong...potong...potong....!) mungkin sebab network dia lembab ke apa ke, siap nak tidur malam tadi pun dalam keresahan...tup tup hari ni ada insan di luar sana yang baik dan mulia..Allah sajalah yang membalas jasa baik saudara :) insya Allah...erm ni nak kena belanja limau raya cina ni kan? hehe

date Thursday, February 11, 2010

belog aku dah jadi lembab since malam tadi...aku tak paham kenapa dan kenapa dan kenapa..! why? why? why? apa kesilapan yang telah aku lakukan ke atas belog tersayang aku ni? malam tadi sebelum aku post entry okeh je laju semacam load tak sampai 1 minit pun, tapi lepas aku post entry terus jadi lelbab tahap gaban kura2...arghhhhh!! aku tensen...!


ada sesapa kat luar sana yang terer yang leh tolong aku tak? camne nak ping belong bagi laju nak load tahap gaban? tolonglah aku......huk huk huk rasa nak menangis plak excited nak bukak belog tapi lembab nak mampus..!! dah la tengah bersemangat nak post entry pasal sukan sekolah pagi tadi...uwaaa sedihnya..en.otai di luar sana, tolonglah sy insan yang lemah lagi comel ini..tengoklah, nak load je dekat 6 min 22 saat pulak...

date


apa dah jadi dengan belog aku ni hah?? kenapa nak load dekat 3 minit 43 saat 675 milisaat hah?? 
TOLONG.........!!!
apa dah jadi dengan belog aku ni, kenapa??

date

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com





Photo Albums at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com





Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

date


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilexlah..awal lagi nii?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya 
Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain..
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya 
Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia
dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

date Wednesday, February 10, 2010

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri..

..
..
Aku minta kepada Tuhan kupu-kupu, Dia beri ulat berbulu..

..
..
..
..
Aku sedih dan kecewa...
..
..
..
..
Namun kemudian..
..
..
..
..
Kaktus itu berbunga indah sekali..

..
..
Dan, ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik..

..
..
Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan...
 ..
..
Kadang kita sedih, kecewa dan terluka..
 ..
..
Tetapi jauh di atas, segalanya Dia telah mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita..

kisahadique : terima kasih untuk en.tunang atas kiriman sms malam tadi seperti di atas, yang buat aku betul2 menginsafi diri...aku selalu kesal, sedih dan kecewa dengan segala apa yang jadi pada aku selama ni, tapi lepas baca sms tu, aku rasa Allah memang sentiasa bersama aku...aku sentiasa bermohon yang TERBAIK untuk aku dari Allah..aku akan sentiasa bersabar dan redha..

date Tuesday, February 9, 2010

maghrib tadi aku dapat sms dari cardiff...msg yang buat aku senyum meleret2 dan yang akan membuatkan tidur tersenyum malam ni...rasa bahagia je baca sms tu..erm sms pasal apa ek? sms pasal org jauh berjuta2 batu tu dengan berbesar hati nak sponsor cake untuk aku sempena Wedding Cake Ceremony nanti...waduhh waduhh pucuk dicita ulam mendatang..kecil tapak tangan, stadium MU aku tadahkan :)
kek canggih dh tempah??order je along bayo kn...........
alhamdullilah syukur pada Illahi kerana aku ada seorang abang yang cukup mengambil berat pasal adik dia yang seorang ni.. walaupun along jauh beribu batu, dia tak lupa juga nak bantu adik dia ni kan..rasa lapang sket hati aku ni, kalau tidak aku macam dah kensel je nak order cake tu...dan untuk along, cake adik nanti lebih kurang macam kat bawah ni..tapi rasanya lagi meriah tahap gaban dan agak cangih kot..erm temanya adalah Garden Theme..dan mungkin cake tu lebih canggih dari gambar kat bawah ni...tokei cake ni terer, dia akan pastikan adik puas hati nanti :) dan adik akan pastikan nama along ada kat kek tu eh??
Cakes = 11" Round (butter cake) + Strawberrry (will be using more than 50 strawberries)
Cupcakes = 40 cuppies + Strawberry (sume cuppies ada strawberry)
Buttercream Frosting and Deco
Goblet Tier + Garden Theme
Sponge cake upgrade to butter cake/chocolate fudge cake

gambar pinjam dari cuppacakeblicious

kisahadique : masih menunggu sponsor dari kakak tersayang aku pulak :)

date

semalam sambil2 mencari printer baru, aku menuju ke Popular di Kluang Mall dengan tujuan mencari composition book untuk anak murid aku..aku dah pusing kepala dah pening kepala macamana cara terbaik nak mengajar mereka, ye la merekakan semuanya duduk di kelas yang paling hujungkan, so aku kena memikirkan cara P&P yang paling berkesan..kalau setakat grammar tu, aku rasa aku leh lagi ajar, tapi nak mengajar composition agak susah..tapi tu sumer sebagai cabaran bagi aku...!


erm disebabkan mereka tu kebanyakan pelajar peralihan dan pelajar yang memang lemah BI, so aku fikir workbook yang mereka beli tu tak sepadan dengan skills diorang..aku tengok workbook diorang pun aku nak terkencing menangis nak menjawab..inikan pulak bebudak kelas hujung2 tuh...so aku decide aku kena cari alternatif lain untuk mereka..dan aku akhirnya beli Home Tuition Writing Year 2 dari Sasbadi untuk mereka..buku Year 2 untuk pelajar Form 1? tak kisah sebab composition dalam buku tu aku tengok mudah dan aku pasti anak murid aku mesti boleh jawab...biarlah Year 1 ke Year 2 ke janji diorang tahu camne caranya nak buat simple composition..buat apa bagi workbook yang susah gaban, tapi sampai kesudahannya diorang tak tahu nak buat composition...nanti kalau result teruk, last2 cikgu gak yg dipersalahkan..betul tak?


dan ni pulak Latihan Mengarang English Year 3 dari EPH Publishing..latihan mengarang dia simple dan aku berharap anak murid aku boleh buat..dia ada macam2 latihan, antaranya, Rearrange the Words, Complete the Sentences dan Construct Sentences..dalam buku ni pun banyak gambar2, ada kartun2, so aku harap anak murid aku yang kelas hujung2 tu boleh buat..aku kena kerja kuat...!! bayangkan budak2 peralihan tu nak cakap melayu pun susah inikan pulak nak ajar BI??

date Monday, February 8, 2010

aku dah terer buat Mail Merge dekat Ms Word tanpa memerlukan bantuan sesiapa..huhu rupa2nya terer gak aku ni kan..aku just try and error je, last2 aku berjaya gak tanpa ada sebarang error..tahun lepas sekali je aku buat Mail Merge ni atas bantuan best friend aku, Teacher Ela..dan ni pulak kali ke-2 aku buat..kalaulah bukan nak buat sijil bebudak boling ni, jangan harap la aku nak dok explore Mail Merge ni...ehh..korang semua tau ke apa Mail Merge ni? alaa aku rasa korang kat luar sana lagi terer dari aku ni kan..huhu


takpe la aku nak kongsi dengan mereka2 yang tak tahu saja..yang dah tahu sila klik tanda pangkah kotak merah atas kanan skrin korang eh..Mail Merge ni tujuan ni untuk menyusahkan memudahkan kerja kita, lebih2 lagi kalau nak print sijil yang berjuta2 lemon banyaknya..korang just klik next unuk bahagian nama dan kerja korang akan jadi lebih pantas dan efficient..tak payah nak type lagi banyak2 kali nama2 org yang sepatutnya..
 Mail merge is a software function describing the production of multiple (and potentially large numbers of) documents from a single template form and a structured data source.This helps to create personalized letters and pre-addressed envelopes or mailing labels for mass mailings from a word processing document which contains fixed text, which will be the same in each output document, and variables, which act as placeholders that are replaced by text from the data source. The data source is typically a spreadsheet or a database which has a field or column matching each variable in the template. When the mail merge is run, the word processing system creates an output document for each row in the database, using the fixed text exactly as it appears in the template, but substituting the data variables in the template with the values from the matching columns.
step pertama, korang kena type dulu senarai nama yang berjuta2 lemon tu dekat Ms Excel..pastikan ada column nama dan kad pengenalan atau mana2 yang korang rasa bersesuaian..pastu cam biasa kena save..step 2, korang bukak Ms Word dan typelah wording apa yang korang nak letak pada sijil tu..kononnya Sijil Penghargaan ke Sijil Penyertaan ke ikot koranglah mana yang sesuai eh..pastu korang klik la pada menu Mailings dan cari Mail Merge dan ikut segala arahan yang selanjutnya..erm nak maklumat selanjutnya ke? alaa sekarang ni tak leh nak tologlah sebab aku tengah dok pulun print sijil yang banyak ni..huhu sesapa yang nak tahu tu, tinggal kat komen eh...nanti aku tolong :) JANJI!

date

erm aku beli lagi printer..sepanjang aku hidup atau erti kata lain sejak aku pandai dengan dunia IT sejak berbelas tahun dulu, printer ni merupakan printer ke-3 menjadi sebahagian dari hidup aku..alala teruk sangat ke aku ni sampai printer pun nak bertukar sampai 3 kali ni? rasanya aku tak teruk, tapi printer2 tu semua yg teruk :( 2 printer yang dulu aku jaga dengan penuh kasih sayang tau, tak ada kompromi langsung, tapi apa nak buat, terputus sudah kasih sayang antara aku dan mereka..dan aku berharap printer sleek black ni kekal bersama2 aku untuk 10 atau 15 tahun akan datang..kalau leh nak bagi anak2 guna...hehe

ini merupakan printer pertama aku..aku guna sejak diploma tahun 2001 sampailah habis degree penghujung 2006..printer ni dah banyak berjasa pada aku dan aku selesa menggunakan printer ni sebab dia tak pernah menimbulkan masalah pada aku sepanjang dia hidup dengan aku :) dia printkan thesis aku masa diploma, final report masa degree, praktikum report dan segala macam assignment termasuklah surat chenta kepada sang kekasih :) sampailah tahun 2007 kalau tak silap aku beri pada ayah, dan akhirnya printer ni rosak pada tangan ayah..huhu dah sampai ajal dia kot kan..

dan ini merupakan printer ke-2 aku..aku beli selepas beberapa tahun printer pertama aku rosak..aku beli printer ni dekat 200++ guna duit sendiri tau..huhu rasanya masa beli printer ni dah rasa dialah yang paling hebat tahap gaban tau..ye la diakan 3 in 1..boleh print, boleh scan dan boleh photocopy..printer ni pun banyak jasanya pada aku, tapi jangka hayat dia dengan aku tak lama, tak sampai 3 tahun pun..ish ish teruk betul la..tapi yang paling aku sedih, dia 'mati' sehari selepas aku dok pulun print envelope kad kahwen aku..masa aku dok pulun print tu sihat walafiat je dia, tapi esoknya aku nak guna, langsung dah tak boleh nak print pun..katanya head dia rosaklah apa la ini la itu la..aku agak sedih gak la, ye la guna duit sendiri pastu jaga baik2 bukan lasak bagai pun nak hentam nak ketuk apa sumer, tapi dah ajal diakan aku redha je..masa nak 'kebumikan' dia pun aku fikir sejuta kali gak..dan akhirnya tanggal 7 feb 2010 aku membuat keputusan untuk mencari penggantinya...
inilah dia...HP Deskjet D2660..sebenarnya inilah kali pertama aku beli produk HP, atas saranan en.tunang..dia kata printer HP ni ok, so untuk mendengar kata dia, aku pun belilah..itupun selepas berfikir berjuta kali..manakan tidak, aku sanggup keluar masuk kedai di petang ahad semata2 nak mendapatkan seru membeli printer HP ni...at last dekat nak maghrib aku beli je la printer ni..lagipun kerja aku sekarang ni memerlukan aku menggunakan printer..nak tanak bayar je la..tu pun puas aku dok gaduh dengan mamat kat kedai komputer tu..huh kedekut! aku dah siap install apa semua printer ni dan jujur aku bagitau, aku betul2 kekok menggunakan printer HP ni..manakan tidak, kertas masuk dari bawah...uwaaa aku tak pandai dan aku harap malam ni jugak aku dah pandai tahap gaban!!

satu je niat aku...aku nak pakai printer HP Deskjet D2660 sampai 15 tahun lamanya!!

kawan2 kat luar sana, mesti ramai yang pernah guna atau sedang guna atau dah menyampah nak guna atau apa saja printer ni kan? erm leh bagi nasihat dan kata2 semangat tak? masik kekok menggunakan printer yang duitnya ihsan diberi oleh ayahanda terchenta :)

date

aku lemah saat ini....
aku perlukan kekuatan saat ini..
aku perlukan sokongan saat ini..
aku sangat lemah saat ini..

date Sunday, February 7, 2010















date Tuesday, February 2, 2010


hari ni dah 2 Februari? biar betul wei...! cepatnya masa berlalu...aku rasa macam tak siap pape pun lagi, rasa macam banyak lagi je benda yang tak selesai...aduyaii betul ke dah februari ni? kalau dah februari, maksudnya my Big Day dah makin hampir la eh?? ishhh biar betik..kalau hari ni dah 2 februari, maksudnya tolak tambah darab bahagi, my Big Day ada lebih kurang 17 hari la eh??  

OH TIDAKKKKK...!!

date

minggu lepas aku dan mak ayah menuju ke seremban...refer entry ini kerana menghadiri kenduri kahwen anak kawan baik ayah..usai makan2 di seremban kami menuju balik ke Muar untuk menghantar kad ke rumah adik beradik ayah..memula menuju ke rumah Mak Ah di Tangkak, tapi tuan rumah tak ada so tinggalkan aje kad dalam peti surat, pastu terus menuju ke rumah arwah Pak Long dan terus ke Sungai Mati..sebelum ke rumah arwah Pak Ngah, kitorang singgah di masjid Sungat Mati..kami 'menziarahi' arwah Atok Ayah dan Pak Ngah di Tanah Perkuburan Sungai Mati..AL-FATIHAH..

selesai menziarahi, kitorang terus menuju ke rumah arwah Pak Ngah..erm masuk ke kawasan perumahan tu, hati aku tetiba rasa sayu dan terdetik rasa rindu aku pada suasana zaman kecik2 dulu di situ..buat pengetahuan semua, rumah arwah Pak Ngah dan rumah arwah Atok Ayah bersebelahan saja dalam kawasan tanah yang sama..dulu kecik2 selalu gak balik beraya apa sumer..tapi sekarang rumah tu dah tinggal usang aje, yang ada pun cuma Mok De je..dan syukur alhamdullilah, Mok De sihat..dia tersenyum je tengok ayah dan aku..hehe

ni pandangan depan rumah Atok Ayah ni...erm Atok Ayah ni sebenarnya arwah ayah kepada ayah aku..tapi kitorang panggil arwah, Atok Ayah..hehe

ni mak dengan ayah tengah serang hendap...heppp nak skodeng sapa tuh hah?

emak aku tersenyum manis plus kepanasan di depan rumah..

ayah plak buat muka serius poyo sebab kehilangan pen parker kesayangan dia dalam kereta..hehe

aku rindu saat Atok Ayah menunggu kepulangan kami satu masa dahulu..

dan ni pulak rumah usang bersebelahan rumah arwah Pak Ngah..tak silap tanah ni tanah arwah Atok Ayah..eh aku pun tak sure la ek..hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang mengetahuinya..erm rumah ni dah usang sangat2 dah tau..rasanya kalau tolak dengan jari mahu runtuh kot..haha jari sapalah yang macam badang tuh ek...

Al-Fatihah buat arwah Atok Ayah, Pak Ngah, Pak Long, Atok Mok De, Atok Halimah dan mereka2 yang telah meninggal dunia...

date