hari ni dah 4 hari selepas aku bergelar tunangan org..aku bukan nak cerita pasal seronok ke tak ke jadi tunangan org..kat sini aku cuma nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka yg bersusah payah, bertungkus lumus merealisasikan impian aku selama ni..mereka sumer ni la yg tak kenal penah lelah, sanggup berhabisan, semata2 kerana aku..alhamdullilah dan syukran aku ucapkan pada mereka ni..sebab tanpa mereka aku yakin kenduri aku aritu tak mungkin berjaya..syukur pada Allah swt..
aku rasa bangga jadi anak, adik, kakak sepupu, anak sedara, anak angkat dan macam2 lagi pada mereka ni sumer..merekalah yg susah payah menolong aku selama ni..
rasa bangga tuh tak cukup kalau aku tak mention nama setiap mereka yg menolong aku tuh...firstly pada ayah, Hj Alel bin Aripen dan mak, Hjh. Ramlah bt Siman yg selama ni banyak menolong aku..walaupun aku banyak kena marah, kena bebel, kena jeling mereka tak jemu membantu aku..aku tahu..tanpa mereka berdua tak mungkin impian aku terlaksana..mak dan ayah dah banyak berhabis untuk aku..tak kira duit, tenaga segala2nya untuk aku..memang aku tak terbalas jasa mereka..ya Allah..mudah2an Allah mewahkan rezeki aku dan insyaAllah aku akan balas jasa mereka berdua..amin..
then pada antie maria yg susah payah watkan hantaran merah putih untuk aku tuh..memang superb hasil kerja tangan dia..walaupun aku tatau baper upah dia amik..tp aku memang suka dengan apa yg dah dia siapkan untuk aku..walaupun aku tak kisah je manjang, janji aku suka..haha
tak lupa gak pada kakak aku dan abang ipar aku yg balik dari puchong..walaupun diorang balik lambat, tp pertolongan diorang sepanjang majlis berlangsung memang tak dapat aku lupakan..walaupun 70% kamera aku penuh dengan gambar kakak aku tuh...huhu gila kentang la dia tuh..dia sponsor tudung purple yg aku dan mak pakai masa kenduri aritu..toce kakak..
pastu pada cik mimi, acik dan anak2 dia..memang jasa mereka pun tak mampu aku nak lupa..cik mimi dan acik memang dari dululah yg sentiasa membantu aku dan keluarga..anak2 dia, fatin, fatihah, farhan dan ilham penyeri hidup kami sekeluarga..sayang kalian..
seterusnya pada mok teh dan oteh..diorang ni makcik aku..diorang ni datang dari batu anam, segamat..erm kalo tak silap aku diorang datang dari hari khamis lagi..ishhh memang kalau tadak diorang ni, agak lumpuh gak lah kenduri aku tuh tau..terima kasih banyak2...cuma aku terkilan sebab aku tak dapat amik gambar dengan depa berdua..huhu
then maksu yg datang dari segamat dan hadiahkan aku kuih bepang bakul untuk dibuat hantaran, mak andak dan pak andak dari batu anam, segamat, eppy dan husband dari melaka, alang yg susah payah naik motor merempit dari labis, sedara2 belah ayah, kawan2 aku; kirroh, haniza, izuan dan isteri serta kak ita dan keluarga...tak lupa gak pada kawan2 mak, jiran2 tetangga aku..ishh lupa plak..pada ustaz zahari selaku wakil bagi pihak keluarga aku dan uncle zainuddin yg sudi amik aku kat kedai mak andam dan bagi aku melaram dengan kete cantik dia tuh...hehe
pada memana individu yg aku lupa nak mention nama diorang jgn kecik hati eh..aku tetap ingat segala pertolongan diorang...TERIMA KASIH..
kisahadique : kalo leh segala tok nenek tetamu yg datang aritu aku nak wish terima kasih tau..tapi takpe la kan cukuplah aku memanjat kesyukuran semua tuh pada Allah dan semoga jasa mereka semua dibalas oleh Allah..insyaAllah