pagi semalam aku dan mak ayah bertolak ke Seremban kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kawan lama ayah..kawan lama ayah ni kalau tak silap sama2 dengan ayah masa bertugas di Lumut dulu dan ayah merupakan pengapit kepada kawan lama ayah ni..huhu old good folks :) kenangan mengusik jiwa..keadaan atur cara majlis di Taman Mutiara Galla ni agak meriah mungkin sebab kenduri pertama kot..warna tema majlis ni pulak purple tetapi keluarga pengantin pakai warna kelabu..sedondon je aku tengok..

dan yang paling membuatkan aku teruja ialah makanannya..aku bagi 5 bintang daripada 5 bintang..sebab?? dekorasi dia yang tak kalah, makanan yang pelbagai dan paling penting....SEDAP! semuanya makanannya mak cakap makanan org Nogori 9 ye la dah dtg Seremban memanglah makanan Nogori 9 kan takkanla plak Kelantan kot :P usai makan, kitorang bergerak ke Tangkak..nak menghantar kad raya jemputan pada adik beradik ayah kat sana..


dari Seremban ke Tangkak aku yang drive dan ayah jadi boss besar..katanya mengantuk dan tengahari buta ni mata dia rasa nak tidur je..ok takpe..sekali perjalanan dari Seremban ke Tangkak tu dia boleh berjaga je tanak tidur..ish ayah ni laa...tadi kata ngantuk sangat, ni dah bagi peluang suh tidur tanak plak tidur...ni nak kena rotan ni..huhu sepanjang perjalanan ke Tangkak tu boleh tahan gak banyaknya kereta, lori, bas, basikal dan motor..tapi yang buat aku sakit hati adalah segelintir pemandu bas yang masih tak serik2 dengan pendedahan yang telah dibuat oleh wartawan, bawak bas macam pelesit..ada satu bas ni, dia datang dari arah belakang aku, dah sibuk mencocok2, maka terpaksalah aku bawak laju sket sebab takut...pastu dia potong aku dan bas tu stay kat lane laju dekat 3-4km gak la...dasatkan.. 

erm..mem besar dah terjerit2 panggil aku kat bawah nun...ada banyak lagi benda2 tak setel so aku kena turun sebelum kena bambu..hehe lagipun harini aku ada banyak urusan dunia yang perlu disetelkan..jap lagi pukul 10.30 aku dan en.tunang nak pergi fitting baju bersanding kami :) alamak dah gatal ni...hehe pastu nak pergi booking bilik di Prime City Hotel untuk VIP guest nanti, nak pegi beli InnerShine, nak tambah lagi 1 dulang  dan bunga hantaran..pendek kata dan panjang akal, banyak benda yang perlu disetelkan hari ni..so, aku sambung nanti eh citer Kluang - Seremban - Tangkak - Kluang aku ni :) episod ke-2..

date Sunday, January 31, 2010

ISNIN
nescaya keluar gila & penyakit dan masuk sihat

SELASA
nescaya keluar sihat dan masukknya penyakit

RABU
nescaya keluar was2 masuk kepapaan

KHAMIS
nescaya keluar penyakit dan masuk penawar

JUMAAT
nescaya keluar dosa masuk pahala dan rahmat

SABTU
nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masukknya penyakit.

AHAD
nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan

kesimpulannya hari yang baik memotong kuku adalah
ISNIN, KHAMIS & JUMAAT

(dipetik dari buku bertajuk "Pendinding Mukmin")

date

(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


kisahadique : erm menitis air mata aku tatkala membaca cerita ni..kadang2 perkara2 macam ni selalu terjadi even pada aku pun sama..kadang2 aku rasa tak sabar dengan mak atas sebab perkara kecil, tapi bila pikir2 balik, tak baik aku buat tu semua..dah nama pun emakkan, dia nak buat yang terbaik semuanya hanya untuk anak dia..dia buat semua tu sebab dia sayang anak2 dia..erm antara adik beradik aku, rasanya aku ni la yang paling lama duduk, tinggal dengan mak..aku lah racun dan aku lah madu mak ayah..dan aku harap aku mak dah cukup bahagia dengan apa yang tak seberapa yang aku berikan selama ni..aku sedih, sebab tak lama lagi aku bakal berpisah dengan emak :(

date

Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukanku dengannya..

Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu
Aku datang bersujud dihadapan-Mu
Sucikan hatiku Ya Allah
Ssehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku.


Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini 
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat..

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, 
Ya Allah,
Tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku
dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membahagi suka dan dukaku dengan dia.

Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Dugaan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu
yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah.

Amin....


kisahadique : aku bersyukur dengan segala rahmat yang telah Allah turunkan untuk aku selama ni walaupun kadang kala aku masih menangis mengenang nasib diri aku...tapi semenjak kebelakangan ni aku rasa down sangat2, aku rasa giveup sangat2 dengan hidup aku selama ni..tapi aku tahu, sebenarnya kat luar sana lagi ramai org yang lagi susah dan malang dari aku..dan kenapa aku masih menyesali nasib diri aku? aku tak tahu.aku cuma perlukan kekuatan..aku perlukan sokongan..

date Saturday, January 30, 2010