aku sedang menuju bahagia..doakan kebahagiaan kami..AMIN

date Saturday, March 20, 2010

R a h a n i: Nur Amelia Murni + Rizal WED

firstly aku nak cakap terima kasih banyak2 pada ani dan tunang dia atas kesudian menghadirkan diri ke majlis bahagia aku..terima kasih banyak2 ye ani..memang tak sangka ani dan tunang sudi datang, agak terharu sebab kalau tak silap ani je geng2 praktikal yg datng selain shah..yang lelain tu ada gak aku bg kad jemputan tapi mungkin masing2 ada hal kot tu yang tak dapat datang.tak pe la mungkin lain kali leh ketemu lagikan..
erm entry kali ni aku nak review sket entry ani pasal wed aku dan en.rizal..terima kasih skali lagi ani sebab buat review kenduri akak hari tu..wah wah banyak gambar menarik la..tapi yang buat akak terkilan ialah tak dapat berbual lama2 dengan ani..bayangkan dah hampir 4 tahun kita tak berjumpakan..so, izinkan akak buat review sket eh... :)


rasanya masa ani bergambar ni akak tenah sibuk dok melayan anak murid yang ramai tu..memang tak terlayan mereka dan juga ani..kita dapat borak sekejap je kan..minta maaf sangat2..harap satu masa nanti kita dapat jumpa dan borak2 panjang eh...


oh noo! kenapakah pengantin tu senyum simpul macam tu? mungkinkah terlalu teruja atau jakun sangat tak pernah nampak camera? ohh pengantin teruja sebab dapat tengok tunang ani..hehe pipi agak tembam ditambah pulak dengan solekan kak Chomel but i like..erm thanx ani sebab u like my lesung pipit..sebab lesung pipit ni la rizal jatuh cinta dengan akak dulu :P


rizal kata dia agak terkilan sebab tak dapat jumpa dengan ani..ye la korang kan agak kawan baik gak kan masa praktikal dulu kan..tu la dia datang lewat sangat la..janji bersanding kul 2 tau tapi kul 3 lebih baru nak sampai..huhu kesian kawan2 semua tau..maaf eh ani..nanti suh rizal belanja ani makan besar eh..

wah wah sempat dia snap dengan motor kesayangan ayah akak eh..kebetulan je tu dua2 motor tu berwarna gold gitu..tak sangka pulak dan akhirnya motor tu berjaya menjadi prop sewaktu makan berdamai..hehe

haa ni ada pembetulan skit la ani..cupcake yg sedap tahap gaban ni bukan berharga 1k..hehe mahal tu, mana akak mampu nak bayar, nanti pas kahwen makan pasir plak..hehe yang 1k tu total 4 jenis kek yang akak tempah..cupcake wedding ceremony, cupcake utk VIP, cupcake hantaran untuk rizal dan cupcake hantara nuntuk akak...harga dia almost 1k..dan satu lagi, cupcake ni disponsor oleh abang akak, Along yang kini berada di UK..tu yang kat tepi kek ada font FROM ALONG UK...hehe tapi ani cepat sangat balik, tak dapat rasakan..


ni pelamin impian akak..mengikut tema dan sedap mata memandang...hehe


sebenarnya akak sendiri tak puas nak tengok main table ni..akak sendiri tak perasan macamana deco main table ni..akak datang masa makan dan masa potong kek je..huhu kesiankan..punyalah tak sempat..erm setiap VIP dapat cupcake yang juga sedap tahap gaban..dalam dia ada filling strawberry...nyummy..


erm agak terkilan sebab akak lupa nak pesan kat sepupu supaya bagi kawan2 akak bunga telur ni..uwaa memang sedih la ani...ani sedih sebab tak dapat, akak sedih sebab tak dapat bagi kat kawan2..


erm ada gak org yang sudi snap gambar hantaran yang tak seberapa ni eh...hehe hanaran gold + kuning buat en.rizal tersayang...hantaran ni kitorang sekeluarga buat sendiri..supervisor dia mak itam akak...nak tempah tak ani? hantaran ni agak spesel sebab ada buah limau sempena CNY...


dan ni hantaran dari pihak lelaki..erm kalau ani nak tahu, pihak family rizal memang spend habis2an untuk menyediakan hantaran yang terbaek tau.since bertunang lagi hantaran diorang memang superb! diorang tempah kat air hitam..sure tak menyesal punya...ani nak tempah tak?


last..terima kasih ani dan tunang sebab sudi menghadirkan diri di majlis akak..akak minta maaf andai ada yang terkurang dan mungkin akak tak dapat melayan ani dengan baik..akak cuba untuk melayan semua tapi apa kan daya..buat ani, jangan tunggu lama2 tau, cepat2 kahwen...hehe dan sekali lagi, terima kasih banyak2..opss gambar ni semua akak pinjam dari belog anie tau.thanx sebab sudi menempek muka2 akak kat belog ani...i love u anie....! doakan akak ye..

date Wednesday, March 10, 2010


rasanya belum terlambat lagi nak wish Happy Bestday pada budak debab sorang ni..erm dah terlambat kot sebab dah almost seminggu la bestday dak debab ni..huhu tak pe la yang penting acu tak pernah lupa besday anak2 sedara acu ta..acu bukan sengaja tanak post entry bestday yaya, cuma masa saja yang tidak mengizinkan..dan arini Allah telah beri acu sedikit masa untuk wish bestday pada yaya..


nota untuk yaya tersayang..
yaya, acu rindu sangat2 dekat yaya
acu rindu dengan kehadiran yaya di rumah atok ni
acu rindu nak menatap muka yaya yang debab tu
acu rindu nak giget dan cubit tangan dan kaki yaya yang tembam tu
acu rindu nak dengar yaya menangis
acu rindu nak tengok yaya kiss acu
acu rindu nak tengok yaya berlari2 terkedek2
acu rindu nak dengar suara yaya memanggil acu
acu rindu nak tidur dengan yaya sambil memeluk yaya
acu rindu nak kiss pipi yaya yang tembam
acu paling rindu tatkala yaya berusia 1 lebih
yaya, acu rindu segala2nya tentang yaya..acu betul2 rindu pada yaya..
dan masa menaip acu rindu yaya ni, acu menangis sebab acu terlalu rindukan yaya..!!

date

setiap pengantin akan mengimpikan pelamin impian mereka, macam tu gak dengan aku..ye la seumur hidup sekali opss dua kali..haa haa jangan nak salah paham aku nak kahwen 2 kali eh..tapi ye la duduk kat pelamin kan 2 kali kan..satu umah pengantin perempuan dan satu lagi umah pengantin lelaki..maksudnya 2 kali la :P aku dapat mak andam yang cukup memahami aku dan bersyukur sangat2 sebab segala impian aku mengenai pelamin impian ni tercapai sudah..ye la aku just cakap nak macam ni nak macam tu, tup tup tanggal rabu 17 Feb, mak andam n the gang datang memasang pelamin impian aku..suka weeii..masa tu rasa cam seram sejuk je pikir betul ke aku kena dok atas pelamin ni nanti..tak sangka sangat2 tau..


gang2 memasang pelamin impian tu datang since pagi sebab agar rumit untuk menyediakan pelamin impian ni, lepas tu diorang deco sekali bilik penganti..pun dah jadi bilik pengantin impian..pendek kata, panjang akal segala apa yang aku nak, mak andam a.k.a kak Chomel dapat realisasikan...dengan tema gold + yellow + brown, segala2nya nampak menarik pada pandangan aku..tapi kalau pada pandangan orang lain aku tak tahu dan malas nak amik tahu..ye la, orang kat luar sana kita mana nak tahu kan diorang nak komen apa..tapi aku tahu ada je yang dok condemn pelamin impian dan bilik pengantin impian aku tu..tahu sangat2...diorang memang tak pernah senang dengan hidup aku! puiiithhh!! tapi yang aku tahu, sedara mara belah emak aku, sepupu sepapat kesayangan aku, memuji pelamin impian dan bilik pengantin impian aku tu..sukanya :)



tatkala gang2 kak Chomel ni memasang pelamin, memang rama peminat dan penonton..masing2 suka tengok proses pemasangan pelamin yang agak payah dan rumit ni..lagi2 tuan besar kat rumah ni, ye la dia risau dengan..apa ek atas siling tu namanay? tuan besar takut terlanggar la pecah la..hehe dah dia tuan rumah ni kan so dia kena amik berat dan amik tahu.pendek citer, sepanjang pemasangan pelamin impian ni, memang ramai sangat penonton..hehe meriah rumah aku tatkala itu..



Pelamin Impian

tadaaa....ni antara gambar pelamin impian aku yang dapat aku jumpa dalam camera pinky aku tu..sepanjang majlis berlangsung, aku tak pegang langsung camera tu sebab tak menang tangan la..mana sempat nak dok bersnap snap kan..gambar agak blur sebab tukang mengambil gambar ni masih di tahap budak tadika..erm puteri bongsu, nanti belajar lagi amik gambar eh, belajar dgn en.rizal tau..

pape pun, aku memang teruja dan suka sangat2 dengan service kak Chomel bagi pada aku..segala2nya superb sebab aku dapat apa yang aku inginkan..kalau korang rasa tak lawa ke apa, lantak koranglah sebab yang bayar dan yang duduk atas pelamin impian ni, aku dan en.rizal..korang cuma tengok dan suka condemn je kan...lala tak baik suka condemn2 orang ni, Allah maha adil, sok2 kalau korang kahwen ke adik beradik korang kahwen ke sedara mara korang kawen ke pasu kena condemn, kan sedihkan...

date



aku telah menyediakan 5 papan tanda arah menuju ke rumah aku sewaktu majlis aku haritu..sebelum ni aku pernah share Persiapan # 5 - Penanda Arah..aku ni kalau bab nak gunting2 tampal2 guna kertas warna warni memanglah feberet aku tau..hehe tengoklah penanda arah aku yang penuh dengan warna dan warni tu..rasanya kalau sahabat handai atau sedara mara tak nampak aku tatau la nak kata apa..aku rasa sepanjang aku pernah nampak penanda arah pengantin2lain dekat luar sana, penanda arah aku ni la paling besar..hehe saiz kertas lukisan tu..


pape pun aku nak berterima kasih pada abang ipar aku dan sepupu aku, abang boy yang bersusah payah mencari kayu, membeli dawai dan berpanas terik memacak penanda arah ni di 5 lokasi berhantu panas di sekitar bandar holllywood kluang ni..hasil kerja diorang berdua memang mabeles! pacak baek punya! gambar kat atas tu aku bersama en.rizal di lokasi panas simpang 4 di area Pasar Tani Kampung Melayu..gambar ni ambil 2 hari selepas kenduri kami dan rasa terkilan pulak sebab aku tak cabut amik bawak balik penanda aras ni buat kenang2an..ishhh sekali aku lalu tengok penanda ni dah hilang..huk huk huk dan untuk pengetahuan semua, masih ada satu lagi penanda arah yang masih tegak berdiri...erm kat area dekat2 rumah aku gak la..nanti bila2 senang kalau dia masih bernyawa, aku suh en.rizal snap eh :)

date Tuesday, March 9, 2010

mulai hari ni jika berkesempatan aku akan cuba bercerita dan berkongsi dengan kawan2 di luar sana persiapan yang belum nak basi sangat menjelang majlis yang cukup membahagiakan aku :) aku bukan nak mendabik buah dada, tapi cuma nak berkongsi kegembiraan dengan semua..dan kalau kalian semua nak tahu, bahawa  segala penderitaan, kesusahan, halangan, dugaan dan cabaran yang aku tempuhi selama ni berjalan dengan lancar tanggal 19-20hb Feb yang lepas..aku bersyukur sangat2 atas apa yang telah Allah berikan pada aku..dan aku rasa, tak salah kalau aku kongsikan kegembiraan ini..ye kan?

cerita pertama mengenai photog..erm photog yang menjadi pilihan kami ni entahlah tak tahu yang keberapa..bukan sebab cerewet atau apa cuma banyak masalah yang timbul kala mencari photog yang terbaik..yang memula en.rizal (gelaran baru bagi en.tunang sebelum ini) carikan, tapi sebab proses nak deal terlalu lambat makanya aku rejek..kemudian dapat orang kampung gak yg bagi servis agak murah dan walllaaa..tapi bermasalah juga sebab 'mereka itu' di luar sana yg ramai2 kerek sangat..opss jangan marah nanti kena jual...dan en.rizal agak frust gak sebab dah 3,4 photog yang dia cari semuanya aku rejek...at last aku sendiri yang cari dan aku jumpa areteam..en.rizal pun deal la dengan photog itu dan alhamdullilah aku suka cara mereka :)


ini antara hasil kerja areteam sewaktu majlis aku..klik blog areteam ni jangan tak klik...kalau korang berkenan, apa lagi, kasi kol la sama areteam..dia akan bagi service yang terbaik punya.! aku berani jamin..dan jugak service terbaik aku dapat dari faiz, sekapal dengan areteam..ni antara hasil kerja faiz..


walawey...rasa nak pergi semula ke tarikh 2 minggu lepas la..rasa tak puas muka aku ni ditembak..haha chubby2 aku pun photog 2 orang tu tetap tembak muka aku ni..haha memanglah, dah bayar kan..kami buat outdoor session dekat Raiway Station Kluang..satu tempat je sebab dah petang2 sangat la..lagipun kesian pulak orang2 kat rumah tu bila pengantin keluar..rasa macam tak menghormati tetamu je..sebab sesetengah pengantin aku tengok suka sangat buat outdoor session ni kala waktu puncak saudara mara dan sahabat handai nak balik..ishh diorang dah datang dari jauh, belajarlah menghargai..so, pada bakal pengantin, pilih masa dan waktu yang sesuai masa nak buat outdoor session ni..jagalah hati mereka2 yang datang..


last but not least, aku dan en.rizal amat2 berpuas hati dengan hasil kerja 2 bro yang datang jauh dari london rengit, batu pahat ni :) service mereka amat tip top dan aku masih sabar menanti album2 kami yang hanya akan siap mungkin bulan 5..huhu tak sabar sebenarnya tau..untuk areteam dan faiz, terima kasih daun keladi..lain kali kita buat acara menembak dalam studio plak eh? tapi harga boleh kasi kauntim baek punya la eh...huhu

date


syukur ke hadrat Ilahi akhirnya aku bergelar Puan, Madam, Mrs, Isteri dan Wife kepada si dia yang selama ini cukup bersabar dengan karenah dan perangai aku..aku bersyukur sangat2 dan aku tahu Allah telah memberikan aku si dia yang cukup segala2nya..tanggal 19 hb Februari 2010 yang lepas, dengan beberapa kali lafaz dan titisan air mata, aku secara sahnya menjadi milik atau kata lain isteri kepada si dia, Mohamad Noorizal Rizan..banyak dugaan dan cabaran yang telah kami tempuhi selama berkawan, berkasih dan bertunang, tapi akhirnya alhamdullilah, dengan izin Allah, kami dapat disatukan dalam satu majlis yang cukup aman dan damai..sku bersyukur sangat2 dengan segala nikmat yang telah Allah berikan pada aku..dan aku berharap agar jodoh aku bersama si dia, akan berkekalan selama2nya dunia dan akhirat..insya Allah..

kisahadique : syukur syukur syukur..

date