seperti yang diberitahu, sabtu lepas, 10 April 2010 aku naek pelamin lagi..huhu ni kali kedua aku merasa naik pelamin anganku musnah indah..walaupun kali kedua, hati dan jantung aku tetap juga dup dap dup dap..ishh kenapa pulak nak ada rasa macam tu? ohh takut pelamin runtuh eh? haah..eh tak laa...kadang2 pulak ada rasa terlebih excited pun ya tau..ye la sapa tak excited dapat naek pelamin lagi sekali, gapnya antara rumah pengantin perempuan dengan pengantin lelaki jauh pulak tu..tu yg terlebih excited rasanya, tu yang hati dan jantung asyik2 nak berdup dap dup dap je..
inilah pelamin indah yang bertemakan turqouise+putih idea ibu mertuaku dan design dipilih oleh kami berdua..rupa2nya kalau sekali imbas, pelamin ni sebiji macam pelamin dekat rumah aku sebelum ni..yang membezakannya cumalah warna sahaja...huhu tak perasan la..cuma pelamin kali ni cukup lebar, besar dan panjang..ye la buat kat atas pentas terbukalah katanya mestilah nak kena besar kangkangannya bukaannya, barulah nampak macam artis gitu...opss jangan muntah darah ye
syukur sangat2 sebab ramai gak sedara mara, sepupu sepapat, jiran2 dan kawan2 mak ayah yang sudi folo ke majlis bertandang ni..nak kata ramai tu tidaklah sebab ada gak sedara mara yang tak dijemput dan ada gak yang ada hal peribadi masing2..lagipun ni majlis bertandang, buat apa nak bawak sampai satu kontena puak2 kitakan, malu je nanti orang felda tengokkan..so inilah mereka2 yang sudi menghadirkan diri ke majlis bertandang tempoh hari..ekceli lepas majlis ni ada sesuatu yang telah terjadi iaitu mengenai beberapa hal yang dibangkitkan oleh mereka yang kononnya mengaku sedara tapi tak tahu hormat perasaan orang lain..opss benda tu nanti aku cerita kemudian eh..next entry..
inilah pengantin yang nak kata baru tak baru sangatlah..hehe kadang2 aku rasa kami ni pengantin baru, tapi kadang2 rasa cam tak baru sangat..hehe tapi yang penting, kami masih lagi dalam mood susu pekat manis yang penuh dengan kemanisan yang sangat2 manis erm manis tak pengantin kat atas ni? kalau korang tanak cakap manis sekalipun takpe, mata sendirikan..tapi yang penting, aku, en.rizal dan sedara mara suka dengan pengantin yang manis ni..diorang semua kata muka aku nampak berubah dan naek tangga seri berbanding yang lepas..huhu lepas ni nak kena comparekanlah solekan yang dulu dengan yang sekarang ni..tapikan...aku tak sangguplah kalau nak bercerita pasal mak andam dia...ishh mak andam ke??
ishh biasa ni pengantin manis gelak macam nak apa je..malu la orang ramai tengok hehe masa tengok gambar ni aku sendiri pun nak tergelak..aduyaii ada gak pengantin yang havoc camni kan..lalala hari tersebut hari aku, so sukatilah nak gelak ke nak ketawa ke nak joget2 ke nak menyanyi ke apa ke janji kami bahagia rasanya aku tergelak sakan masa ni sebab didengki oleh beberapa orang makcik aku..ye la diorang cakap masa cuti cikgu kahwen tapi anak murid kena buat kerja sekolah..huhu
ni masa berarak nak menuju ke
gambar tak boleh belah langsung..haha aku sendiri pun masa dok tengok dok belek2 gambar ni macam pelik gak...kenapalah pengantin manis ni ada ghopa macam ni..kata manis tapi napa muka macam kelat semacam je kan..ishh sebenarnya masa ni aku disuapkan minum air oleh seseorang, wakil belah lelaki mungkin..tapi sebelum diberi minum kami kena tegur sebab tak bagi salam...wahaha mana la aku tahu kan..tu la agaknya pengantin manis ni muka kelat semacam kot, tapi tetap menten manis dah bersedia nak muntah?
ni pulak atok en.rizal...sebenarnya aku masih lagi tercari2 pendapat atau apa saja mengenai adat menyambut pengantin dengan memberikan mereka minum air..kenapa ek? nak bagi sejuk sebab cuaca panas atau nak bagi pengantin tu cool down sebab hati dan jantung mereka dup dap dup dap?? ni ok lagi bagi minum air masak je, sebab kalau tak silap aku dicertain tempat, siap direnjis2 dipilis hai beras kuning ditabur disiram si air mawar...aduyai teringin menyanyi pulak so, ada sesapa boleh jelaskan pada aku yang manis ini?
korang dah bersedia nak muntah hijau lagi? okeh kita sambung part 2..
kisahadique : credited to photog-baru-belajar-nak-tembak-gambar, Fatin dan photog-ada-kamera-mahal-dan-tengah-menererkan-diri-guna-kamera-mahal, abang ipar aku, abang jan oh ye..gambar ni ada aku cilok dari BukuMuka aku dan kakakku..