beberapa minggu yang lepas aku bersama en.rizal berjalan2 makan angin..tak jauh mana pun, kat jb je..lagipun dah bertahun2 kitorang tak berjalan2 berdua ke jb..rasanya last sebelum kitorang bertunang..ishh makan tahun gak tu..so, kami tidak melepaskan peluang yang ada..hujung minggu yang free, kami bergerak ke jb sambil2 ke Pikom PC Fair @ Persada, JB..menarik tertarik tau kat pc fair sana..banyak gak barang yang kami borong.tapi nasib baiklah belum gaji atau kata lain gaji dah abes masa tu..kalau tidak rasanya ada gadjet baru yang kami akan beli..
picture of Tune Hotel credited to : http://www.tunehotels.com/tunehotels-danga-bay-johor.aspx
usai berjalan2 dekat tengah2 bandaraya jb, kami bergerak ke danga bay untuk mengimbas memori kami sewaktu bercintan cintu dulu..rasanya last kitorang pegi danga bay tahun 2006@2007..makan tahun gak tu kan..so bila dah seronok sangat tengok lokasi kat danga bay tu, kitorang membuat keputusan untuk meletakkan jawatan bermalam di situ..ehh, ada hotel ke kat area danga bay tu? ada..sapa kata tak ada..kalau masuk je area danga bay tu, tersergam indah hotel berwarna merah putih, Tune Hotel tau..tapi masa kitorang datang tu, belum beroperasi lagi pun dan hanya beroperasi tanggal 15 May nanti..lepas tu ada lagi satu hotel betul2 berhadapan jalan raya besar, nampak menarik tapi sayang dah penuh la pulak..dan kami telah diberitahu ada 1 lagi hotel di belakang bangunan hotel tersebut..cari punya cari dan akhirnya ketemu juga..uishh menarik hotel ni...jeng jeng jeng..
ini antara kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel..banyak gak la, antaranya wifi, iron, air-con, telekong, hairdryer, bowl dan macam2 lagi..sama gak macam hotel 4,5 bintang dekat luar sana..erm kalau hotel bajet biasa macam ni boleh sediakan service yang sama baek dengan hotel 4,5 bintang, buat apa kita nak terlalu memilihkan..lagipun, kami mengikut kemampuan kami..
dah semakin teruja? ni dalam bilik tau..tapi siapa mamat di belakang tu?
cantik pulak gambar yang ditembak oleh en.rizal kan..hehe..seperti kebanyakan hotel lain, hotel ni pun kena letak kad untuk aktifkan electricity..
okeh...aku tanak cerita banyak2 pasal hotel ni sebab nak bagi semua orang teruja..lagipun kami plan kalau tak dalam masa terdekat ni, 2,3 bulan akan datang kitorang nak stay lagi dekat sini..rasanya hotel ni berbaloi, tempat yang strategik, berpatutan, menarik, mabeles..ishh semuanya ada la.. nanti jika berkesempatan, aku upload banyak2 gambar dalam bilik hotel bajet ni dan gambar2 kami berjalan2 ke Nusajaya..enJoice!
kisahadique : pengalaman manis kadangkala datang sekali sahaja...dan sekali tu la yang tidak mungkin akan dilupakan...terima kasih sayang