hampir 2 months 1 weeks 2 days kami bersama, en.rizal telah mencadangkan beberapa perkara yang menarik lagi tertarik..aku sangat suka dan besh! cadangan dia memang boleh diterima dan tidak sepatutnya ditolak mentah2..apa cadangan dia?
1. setiap bulan, kami KENA beli buku..ikut la camne pun..2 buku 1 majalah atau 3 buku atau 2 buku atau 3 majalah atau 1 buku 1 majalah atau camne sekalipun janji setiap seorang dari kami diMESTIkan membeli buku selaras dengan kempen 'Marilah Membaca'.. erm en.rizal, kalau sebulan 2 kali beli buku tak leh ke? hehe

ini buku untuk bulan ni

2. setiap bulan juga, kami AKAN menonton 1 movie..yahoo serononknya sebab kitorang ni jarang2 sikit nak tengok movie..dari bercinta sampai bertunang, memang boleh dikira berapa sangat je movie yg kitorang tengok..bukan ketinggalan zaman, tapi elakkan maksiat haha ada la yang nak muntah hijau nantikan..bulan pertama sebelum ni kitorang tengok 3d movie, How To Train Your Dragon dan untuk bulan ni kitorang plan nak tengok jumaat malam sabtu ni...yahooo!

3. kalau ada rezeki terpijak terlebih sikit, kitorang boleh berjalan2 bercuti2 dalam masa 2 bulan sekali..erm tapi tu bergantung pada perbelanjaan kitorang dulu la..macam bulan lepas kitorang dah bercuti ke Danga Bay, cukup la kot sebab bulan depan nak kena ulang alik 2 minggu berturut2 ke Shah Alam pulak..uissh banyak tu duit nak gunakan..

4. setiap hujung minggu akan dibahagikan seadil2nya..hujung minggu kitorang akan dibahagikan kepada 2 pihak iaitu pihak keluarga aku dan pihak keluarga en.rizal..contohnya kalau hujung minggu ni diperuntukkan untuk keluarga aku, makanya minggu depan diperuntukkan untuk keluarga en.rizal..tetapi jikalau ada sesuatu perkara yang memerlukan kitorang berdua sahaja contohnya bulan depan kami akan berulang alik ke Shah Alam, maka kami akan membuat pembahagian harta hujung minggu semula...

5. penyimpanan rm50 seorang x 2, bermaksud rm100 sebulan diperuntukkan untuk bakal anak kami ceewahh..walaupun macam samar2 je tapi kami harus tegas dalam hal ni..penyimpanan duit rm100 sebulan ni bermaksud setaip kali hari lahir, hadiah hari lahirnya ialah duit sebanyak rm1200..paham? tak paham kena buat2 paham la eh ini bermaksud sampai je umur anak kami 18 tahun, dia dah ada simpanan sebanyak rm21600..banyak tu..boleh buat bayaran dia belajar di universiti nanti atau perbelanjaan dia nak kahwen..wahh wahh dah fikir sejauh itu? yaa...kami memang telah merancang sejauh itu erm insya Allah..kami akan cuba merealisasikan rancangan ini...


6. en.rizal nak 3 orang anak...opsss
erm insya Allah selagi kami terdaya, kami akan cuba ikut segala perancangan kami ni..yang penting sekarang ni, kami kena banyak bersabar dan berdoa...amin

date Thursday, April 29, 2010

2 kisahadique.. to “Belian Bulanan”

  1. cHiQuE CoMeL
    April 29, 2010 at 10:32 AM

    aiyokkk dedua buku tuh kan kita dah ada...

    Reply
  1. AdIQuE
    April 29, 2010 at 10:49 AM

    tu la pasal..masa kita dok baca Bila Allah Menduga Kita baru kita teringat macam pernah nampak kat umah awk..huhu takpe la leh wat koleksi sendiri...

Leave a Reply: