ni sambungan Setahun Ke Cardiff Part 1 tuh ye..erm kalo ikutkan tarikh hari ni, 9 Dis setahun yang lepas, aktiviti hari ni aku cuma dok ikut kak long aku hantar caca dan yaya ke school dan pergi kedai dekat rumah..erm apa ek nama kedai tuh aku dah lupa..yang aku ingat, ada sekor anak anjing yg gila babas tak comel suka sangat nak follow aku sampaikan aku menangis sebab ketakutan..haha kak long aku siap dengan selambanya masuk dalam kedai, tapi aku dok nangis takut kat anjing..pastu kak long dengan pak gad tu tolong..haha sengal tul..tak amik plak gambar anjing tu kn =P
erm aku pernah ceritakan anak buah aku yg kecik tu, alifah tak suka gila kat aku kan..haa tarikh ni la yg masa kak long hantar dak 2 orang tu, si alifah tinggal dengan aku dalam kereta, pastu dia jerit semahunya..grrrr sangat teruk anak buah aku tau...!
erm seminggu tarikh ni rasanya tak buat apa kot, juz ulang alik ngikut hantar anak buah aku ke school..aku pun dok ikut la..masa hantar aliyah ke school, aku siap masuk dalam kelas dia tengok camne dia dalam kelas..perghhh manja gila tau dia dgn teacher dia...aku suh dia ambil gambar dengan teacher..erm tengok la gambar dia tersengih cam kerang busyuk tu..hehe tapi aku sangat respect la kat 2 anak buah aku tu, ye la, pandai gila berkawan dengan mat saleh, berbahasa omputih, sekali sekala cakap Welsh..aku sangat kagum arr...aku sendiri ternganga jek dok tengok diorang
erm aku tak dapat nak share banyak2 pengalaman aku utk hari ni sebab aku perlukan tidur yang lena malam ni untuk mendapatkan mimpi yang SANGAT indah seperti malam semalam..dan sebelum tidur, aku nak minta maaf atas kesalahan aku pada semua org dan aku akan cuba utk memaafkan kesalahan org lain pada aku..erm jujur aku cakap, aku boleh maafkan orang, tapi aku tak boleh nak melupakan...
kisahadique : aku hanyalah insan yang tidak sempurna...