perkara paling penting yang harus difikirkan bagi orang lelaki untuk mengatakan setuju apabila perempuannya mengajak berumahtangga adalah HANTARAN..rasanya semua lelaki tak ada yang terkecuali yang akan berperit jerih untuk menabung bukan beribu malah berpuluh ribu semata2 untuk menyediakan HANTARAN..kerja gomen ke, swasta ke, kerja kilang ke, pemandu ke, pilot ke, doktor ke, penoreh ke, pakar IT ke hatta penganggur ke, korang semua tak akan terkecuali dari pening memikirkan tentang HANTARAN ni..
"Adat dan budaya telah membebankan pasangan pengantin lelaki bukan atas nama mas kahwin tetapi wang hantaran perkahwinan yang akhirnya menjadi wang hangus hanya sekadar membiayai majlis perkahwinan itu sendiri.." - Abdul Bari Awang
memetik rencana yang diemel oleh Abdul Bari Awang di dalam Berita Minggu Ahad 6 Sept 2009, beliau menyatakan, pada zaman sekarang ni, wang hantaran lebih diutamakan dalam masyarakat kita ni berbanding mahar, yang bermaksud kita telah mengutamakan perkara harus lebih dari perkara wajib..contohnya, mahar di negeri Johor hanyalah rm22.50, di Selangor mulai tahun depan rm300 dan negeri2 lain di Malaysia ni tak ada pun yang mencecah ribuan ringgit malahan ketika akad, mahar tersebut disebut dalam puluhan atau ratusan ringgit saja, tetapi hantaran berbentuk puluhan ribu ringgit..
beliau juga ada menyatakan bahawa perkahwinan dalam Islam ialah sunnah fadilah yang digalakkan, namun disunatkan mengikut tahap kemampuan pasangan pengantin lelaki..ye la..jangan pengantin lelaki kerjanya opis boy je, tapi hantaran yang diminta oleh keluarga pihak perempuan mencecah puluhan ribu ringgit..kalau keluarga opis boy tu mewah, tak apa la jugakkan..tapi kadang2 susah juga nak katakan, masyarakat kita sekarang ni lebih berpegang pada prinsip 'biar papa asal bergaya'..
erm macam mana pulak dengan wang HANTARAN perkahwinan aku? insya Allah aku harap en.tunang aku masih mampu dan dan diharap agar proses pernikahan kami nanti dapat dilakukan dengan tulus ikhlas dan tidak disertakan dengan niat menunjuk2 atau berada dalam perlumbaan meninggikan mahar atau wang hantaran..tapi kalau ada orang lain menyalak, mengata kat belakang kenapa hantaran aku murah sangat, lantak koranglah, bukan korang semua yang akan bagi kami makan, bukan korang semua yang akan hulur bantuan kewangan bila kami dalam kesusahan nanti..biarlah nak kata apa pun, janji niat kami mendirikan masjid ni penuh dengan keikhlasan sebagaimana Nabi bersabda yang bermaksud : "Berkahwinlah (dengan wanita yang berakhlak mulia dan yang subur, sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai" (Riwayat Abu Daud)
kisahadique : "Laa anak bongsu pun dapat duit hantaran sikit je? kan dah kerja, ada ijazahkan.. tengok anak makcik -tut- ni, hantaran dekat rm20k tau...tengok plak anak makcik -tut- dekat rm15k hantaran dia tau.." ye la anak korang semua ada master, jadi doktor, menantu korang kapten, peguam, leftenan..tapi ingat, duit banyak tak menjanjikan kebahagiaan kalau dalam hati korang semua penuh dengan ...!!