best friend a.k.a kawan baik a.k.a kawan sejati a.k.a kawan rapat a.k.a karin..erm korang semua ada tak kawan baik atau yg sewaktu dengannya tu? mengikut Kamus Dewan, kawan bermaksud 2. sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari), rakan 3. orang yg bersama2 melakukan sesuatu (terlibat di dalam kegiatan, pekerjaan yg sama)..maka dapat kita simpulkan kat sini bahawa kawan tu seseorang yg bernama sahabat yg akan sentiasa bersama2 kita melalukan sesuatu, mungkin bersama2 kita semasa kita dalam kesusahan atau kesenangan..
kenapa ek aku citer pasal kawan ni? erm mungkin sebab saat2 genting camni aku rindu seseorang yg bernama kawan, sahabat, teman atau rakan..saat2 camni aku perlukan seseorang yg boleh aku kongsikan susah dan senang, suka dan duka, citer luar dan dalam, citer pasal boifren, pasal gaduh2, pasal fesyen, pasal berat badan, pasal tak suka itu dan tak suka ini...erm aku rindukan saat tu sumer..ehh aku pernah ke melalui saat2 tu sumer? aku ada ke kawan, sahabat, teman atau rakan yg boleh aku kongsikan segala2nya??
aku memang ramai kawan sebenarnya, tapi nak istilahkan mereka tu semua kawan sejati atau rakan karib mungkin jauh kot..pada aku kalau namanya kawan sejati atau rakan karib, dia seorang yg boleh kongsi SEGALA2NYA...aku bukan tak ada mereka2 tu semua, memang ada, tapi ntah ek, biasalah, manusia ni datang dan pergi, macam ombak kan...even dulu seseorang yg pernah aku anggap dia kawan, sahabat, teman atau rakan sejati, sanggup tikam aku dari belakang, sanggup jadi musuh dalam selimut, sanggup memburukkan aku dan sanggup buat segala2nya demi rasa marah dia pada aku..goshhh dah nama pun manusiakan...siapa aku untuk menolak perangai manusia setan tu..!
masa aku kecik2 dulu rasanya tak ramai kawan kot, ye la aku duduk dalam perumahan polis kat kuantan, makanya macam tak ramai kawan, yg ada pun cuma Ijah anak Antie Idah yg tua setahun dr aku..dia la kawan aku rasanya..erm aku banyak tak ingatlah zaman kecik2 dulu, memory dah locked dah..huhu..pastu umur 7 tahun aku pindah kluang, pun duduk dalam kawasan perumahan polis atau lebih tepat sekali, rumah aku hanya ada sebuah je kat situ dan di sebelahnya berek bujang..huhu aku kawan dengan abg2 bujang..abang leman, abang noh, abang hamzah, just name few yg aku ingat..
erm nak citer pun panjang sgt..so aku nak list antara a few kawan2 yg aku anggap dia kawan walaupun tak termasuk dalam kawan, sahabat, teman atau rakan sejati..camne sekalipun, diorang tetap kawan aku, tetap kadang2 kami kongsi macam2...
STM (1) Kluang : klasmet 1T-6T - imm, sikin, maznah, zana, safareen, mariana dan ada lagi
STK : klasmet form 1 - 3 - boleh tak kalau aku bgtau aku dah tak ingat nama depa? yg aku ingat cuma safareen dengan epul jek..haha..yg lelain jgn marah sebab aku tetap ingt pada korang..
STK : klasmet form 4 - 5 - roz, diyana, epul, safareen, ocai, nad, apek, ida, savitha, echa dan ramai lagi..
UiTM : ciken, angah, ajie, ayu, mira, kak fairuz, kak chinnai, kak ina..kat UiTM ni aku rapat dengan kakak2 senior kat kolej aku..aku adik kesayangan diorang :)
KYPM : sidah, ayu, hanim, ikin, mimi, sue, aje, eton, kak loni, yaya, pinut, fatin, ibu dan ada lagi..tapi aku rapat cuma dengan kawan2 blok dan beberapa org klasmet..
UUM : sidah, sue, stood, ijam, putat, aie, awank, temah, reyna, anim, sunitha, yanina, tia, udd, nom dan ramai lagi yg aku dah lupa..
INTAN : ana, wan, yana, shah, anie, rizal ( erm..sapa ni ek?) , jiji, husni, cik nik, cik siva, kak zulfa, en. nasir..ish sampai ke bos aku ngam tau :)
JUSCO : wani, ayu, saleha, hajar, elia, suzu..tak ramai sebab aku kejap je kat jusco ni...
SMK BT6 : ella, mama ita, kiroh, kak wan, wan saifudin, apai, fadzli, niza, zack, mylin dan beberapa org lagi...
ekceli ramai kawan2 aku ni, cuma aku terdaya listkan beberapa nama saje..bukan lupa tapi tak ingat..cam aku bgtau kat atas tadi, memory aku dah locked..ntah ek, sejak dua menjak ni banyak yg aku dah lupa..teruk betulkan..
dan buat masa ni, pada aku, aku punya kawan, sahabat, teman atau rakan sejati ialah en.tunang aku sendiri..dia lah tempat aku ceritakan segala2nya walau ada certain benda yg aku rasa tak sampai hati nak cerita kat dia sebab aku rasa akan menyusahkan dia..erm camne plak dengan keluarga aku? ishh keluarga tu kalau tak cerita pun mesti dah masuk dalam listkan..adik beradik plak? erm tu susah aku nak cakap, memasing jauhlah, pastu memasing ada keluarga sendiri, ada hal sendiri..pepaham sendirilah kan..
erm ni antara beberapa gambar aku bersama2 kawan aku..erm aku tahu ada beberapa kawan aku akan kecik hati sebab gambar diorang tak ada kat sini..huhu TOLONGLAH jangan marah eh..tolong sgt2 merayu sangat2...ekceli dalam lappy ni tak banyak dah gambar..sumer aku dah pindah ke hard disk dan sekarang hard disk aku tu berada di shah alam bersama2 en.tunang aku..aku tahu roz, hanim, reyna dan 2,3 org akan sergah aku..pape hal pun, sori eh :) korang tetap di hati orang, selama2nya..
kisahadique : erm memana yg nama dia tak ada dlm list, sila jangan sedih atau rasa cam nak bunuh diri eh...selagi kita pernah berkawan, selagi tu kita tetap kawan :)