memandangkan bebudak form 3 dah abes PMR, so aku telah diarahkan oleh GKMP Bahasa untuk membuat World & Malaysia's map dekat blok Ibnu Sina..aku amik je bebudak 3A yang tolong buat mural bahasa Melayu & 4 Musim sebelum ni..bebudak tuh leh diharapkan sket, rajin pun rajin..

kitorang start buat hari Selasa lepas sampai petang Jumaat dan insyaAllah akan bersambung Isnin ni..yang peta Malaysia dah beres, tinggal nak menyiapkan World Map je..biasalahkan nak buat satu dunia mestilah payah..tapi aku bersyukur sgt ada student macam Farid Haikal yg pada aku dia SANGAT hebat..World Map tuh dia sensorang je lukis..superb!

tadi pagi plak after attended kelas mengaji aku ada aktiviti jalan2 cari makan dengan students Pend. Moral form 3..tak ramai pun, 6 orang je..lagi 2 orang M.I.A..kalau dah nama pun Pend. Moral kan, so bebudaknya semuanya india dan sorang chinesse..kelmarin jumaat diorang dah collect duit utk makan sorang rm10..diorang nak makan kat KFC bandar..so tadi aku fetch diorang kat busten dan bawak ke KFC..

tema baju diorang ekceli warna hitam, tapi malas plak aku nak pakai hitam gak..tengah musim panas ni tak daya la nak pakai baju gelap2..tp tanak mengecilkan hati diorang, aku pakai baju gelap gak, dark blue..then dalam gambar nampak cam itam gak..ok la tuh! pas menjamu selera aku angkut diorang semua ke Kluang Mall..aduhaii..nama pun bawak bebudak jenjalankan, so satu KM tuh diorang tawaf..aku dah naik pening dah, tapi ye la, diorang tuh masih dalam tanggungjawab aku kan, so layankan aje..

aku balik umah lebih kurang kul 2 pm..


ni pulak aktiviti aku petang jumaat lepas 23hb Okt..ekceli katanya ada meeting post-mortem SPM, tapi dibatalkan, so kitorang cikgu cikgi tu bergumbiralah di petang jumaat dekat bowling Kluang Parade..yang join main bowling masa tuh, aku, cikgu Abdul, mama, ustazah ana, mylin, kak siti and wan..mama bawak anak dia, qistina yang susah nak senyum..kui kui..

aku ni sebenarnya telah dinasihatkan oleh pakar kecantikan doktor peribadi family aku untuk tidak bermain bowling lagi atas sebab2 jari manis aku yg pernah tercedera teruk..TAPI..aku ni spesis agak degil sket, dan kesudahannya selama seminggu aku tak pakai cincin tunang tau, sebab jari manis tu dah bengkak..uwaaAAaaa sori en. tunang..

pape pun, we ols really enjoy, dapat releasekan tensen kat tempat keje monday-friday..geng2 sumer satu kepala dan paling besh aku dapat merasa naik kete mahal mama lagi..berjemput dan berhantar..sapa tak suka kan??? erm nak bgtau ke sapa pemenang bowling ni? arghHHHhhh tanak bgtau..haha padan muka pemenang tuh..hehe yg penting aku bukan pengalah!

kisahadique : cuti sekolah hampir tiba..besh ke??

date Saturday, October 31, 2009

0 kisahadique.. to “my activities..”

Leave a Reply: