Cinta yang datang secara semula jadi adalah yang terbaik. Kata orang untuk mempertahankan hubungan cinta lebih sukar daripada mencari pasangan kekasih. Setelah mengharungi semua halangan dan dugaan, sudah pasti kita inginkan hubungan yang berterusan.

Grabed from MEGA Rabu 21 Okt 2009, disenaraikan tips penting untuk mengukuhkan ikatan cinta yang berkekalan.

1. Tiga kata ajaib
Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selama-lamanya. Sebaiknya, kita tidak perlu menanti si dia ,mengucapkan perkataan 'I Love You'. Ini kerana, kita sendiri sudah mendengar luahan cntanya melalui sikap dan tingkah lakunya.

2. Hayati hubungan kita.
Walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman kita, kita masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah kita dan pasangan benar-benar serasi dan selamat.

3. Teruskan kehidupan normal.
Jika sebelum kita bersama si dia, kita begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah tersebut. Perlu diingatkan, kitatidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cinta si dia. Pasti, kita perlu berbincang mengenai rutin harian kita dengan si dia.

4. Jangan terlalu romantis.
Romantis adalah suatu perkara yang indah dalam perhubungan. Romantis adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari... erm???

5. Komunikasi secara terbuka.
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim. Apabila cinta kita dan pasangan sudah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk ita berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing-masing. Bangkikan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri kita secara luaran dan dalaman. Begitu juga kita, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

6. Jangan kelam kabut.
Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, kita tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat kebudak-budakan. Ingat, hati si dia tetap milik anda.

7. Peka perkara sensitif.
Pertimbangkan dahulu masalah jika kita ingin menyelesaikan perkara-perkara yang sensitif. Ingat situasi semada, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Kita pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya.

8. Biarkan hubungan melewati dugaan dan cabaran.
Perkara ini akan membuatkan hubungan kita tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga bolehh dijadikan kayu pengukut untuk menguji hubungan kita. Perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah. Paling penting, cuba kawal tekanan perasaan kita agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun.

kisahadique : sama2 berdoa agar hubungan cinta kita kekal selama2nya..semua ni tak boleh jalan kalau satu pihak je yang bersungguh2 tapi pihak yang satu lagi 'batu'..macamana sekali pun, kita sama2 kena kekalkan hubungan cinta kita..insya Allah

date Saturday, October 24, 2009

0 kisahadique.. to “Kekalkan Hubungan Cinta”

Leave a Reply: