erm kenduri dah dekat kan? pening nak fikir macam2 benda..bila dah beli benda ni, benda tuh pulak tak beli lagi..bila dah beli benda tuh, ada lagi plak benda lain yg tak beli lagi..aduhh pening..bajet pulak makin lama makin berkurangan..aduhhh!! ada datuk mana2 yg sudi sponsor aku? hehe

entry kali ni aku nak share beberapa cara nak menjimatkan wang menjelang hari bahagia..erm mana yg patut kena ikut sebab tanak bajet lari..tup tup tiba masanya pokai plak nnt kan..dah abes kenduri makan meggi je plak aku dan en. tunang..huhu

1. Elakkan honeymoon pada musim perayaan ataupun cuti sekolah kerana bayaran hotel akan meningkat.
2. Tetapkan jumlah tetamu yang dijemput supaya dapat merancang perbelanjaan perkahwinan dengan baik.
3. Cari photographer yang dapat memberi tawaran yang menarik dari segi pembayaran mengikut jam berbanding pakej yang berkemungkinan lebih mahal.


4. Kurangkan bajet katering dengan meminta saudara-mara atau jiran menjadi pelayan semasa majlis berlangsung.
5. Gunakan bunga tiruan a.k.a plastik untuk menjimatkan bajet.
6.Tempah perkhidmatan photographer awal supaya mendapat diskaun menarik.
7. Pastikan tidak menempah kek yang terlalu mahal dan besar.
8. Jika ingikan jambangan bunga tangan segar, pastikan jambangan bunga tangan itu kecil dan tidak terlalu besar.


9. Buka akaun khas untuk majlis perkahwinan supaya perbelanjaan dapat dikawal.
10. Pilih pelamin yang ringkas tetapi menarik.

sumber : pesona pengantin november 2009

date Monday, October 19, 2009

0 kisahadique.. to “Cara Menjimatkan Wang...”

Leave a Reply: