semalam sambil2 mencari printer baru, aku menuju ke Popular di Kluang Mall dengan tujuan mencari composition book untuk anak murid aku..aku dah pusing kepala dah pening kepala macamana cara terbaik nak mengajar mereka, ye la merekakan semuanya duduk di kelas yang paling hujungkan, so aku kena memikirkan cara P&P yang paling berkesan..kalau setakat grammar tu, aku rasa aku leh lagi ajar, tapi nak mengajar composition agak susah..tapi tu sumer sebagai cabaran bagi aku...!


erm disebabkan mereka tu kebanyakan pelajar peralihan dan pelajar yang memang lemah BI, so aku fikir workbook yang mereka beli tu tak sepadan dengan skills diorang..aku tengok workbook diorang pun aku nak terkencing menangis nak menjawab..inikan pulak bebudak kelas hujung2 tuh...so aku decide aku kena cari alternatif lain untuk mereka..dan aku akhirnya beli Home Tuition Writing Year 2 dari Sasbadi untuk mereka..buku Year 2 untuk pelajar Form 1? tak kisah sebab composition dalam buku tu aku tengok mudah dan aku pasti anak murid aku mesti boleh jawab...biarlah Year 1 ke Year 2 ke janji diorang tahu camne caranya nak buat simple composition..buat apa bagi workbook yang susah gaban, tapi sampai kesudahannya diorang tak tahu nak buat composition...nanti kalau result teruk, last2 cikgu gak yg dipersalahkan..betul tak?


dan ni pulak Latihan Mengarang English Year 3 dari EPH Publishing..latihan mengarang dia simple dan aku berharap anak murid aku boleh buat..dia ada macam2 latihan, antaranya, Rearrange the Words, Complete the Sentences dan Construct Sentences..dalam buku ni pun banyak gambar2, ada kartun2, so aku harap anak murid aku yang kelas hujung2 tu boleh buat..aku kena kerja kuat...!! bayangkan budak2 peralihan tu nak cakap melayu pun susah inikan pulak nak ajar BI??

date Monday, February 8, 2010

0 kisahadique.. to “Writing Composition for Form 1”

Leave a Reply: