Apabila paras air di Sungai Sembrong Timur merosot, hampir 40 % penduduk di Kluang terjejas bekalan airnya. Loji Rawatan Air Sembrong Timur dikendalikan oleh pihak Southern Water Corporation (SWC) juga tdak dapat merawat air pada kapasiti biasa. Justeru, pengeluaran air amat terhad dan kita perlu bersama-sama memastikan agar pengeluaran air yang terhad ini dapat diagihkan secara menyeluruh.

Berikutan itu, bagi mengagihkan bekalan air bersih kepada semua, kawasan yang terlibat dibahagi kepada 7 zon seperti tertera. (sila rujuk jadual catuan). Jadual catuan yang akan bermula pada 13 Februari ini akan berakhir pada 13 Mac 2010 sekiranya paras air tidak terus merosot. 

Catuan merupakan langkah yang perlu dilaksanakan agar kita masih dapat meneruskan aktiviti seharian. Kerjasama anda amat diperlukan. SIMPAN AIR SECUKUPNYA. Pihak SAJ Holdings akan melaksanakan catuan bekalan air yang bermula pada 13 Februari 2010 selama sebulan.

sila klik untuk tumbesaran

GUNAKAN AIR SECARA BERHEMAH.

Segala kesulitan amat kami kesali dan segala pertanyaan sila hubungi kami di SAJ Info Center 1800 88 7474 atau SMS 019-7727474 atau emel customer.care@saj.com.my

info from SAJ Holdings

date Friday, February 12, 2010

0 kisahadique.. to “Paras Air Sungai Sembrong Timur Merosot”

Leave a Reply: