aku tahu aku bukan manusia yang sangat perfect..aku sedar tu semua..aku tahu aku banyak kekurangan...ada kurang kat sana ada kurang kat sini..tapi demi Allah sepanjang aku hidup aku tak pernah nak memalukan orang lain..orang lain buatlah banyak mana pun sedih kat aku, orang lain buat onar pada aku, aku tetap sabar..selama aku hidup ni aku banyak bersabar je..

waktu aku bekerja tempat kerja lama dulu, 'orang besar' sendiri mempergunakan aku..dia memperoleh kesenangan atas kesusahan aku..dia gunakan kekuasaan dia atas kelemahan aku..tapi aku sabar je, aku ahu aku bodoh saat tu tapi sapa la aku untuk membangkang, membantah..bayangkan aku terpaksa buat assignment dia demi kepentingan dia sendiri.. bayangkan..dapat diploma ke ijazah ke atas kesusahan penat jerih aku siapkan assignment dia..tapi aku diam, aku sabar sebab aku tahu siapalah aku dan aku sedar aku bukan perfect sangat..ok tutup cerita tu..

dan aku cukup kesal sekarang ni bila orang yg selama ni aku sayang, aku anggap dia sebagai kawan baik, anggap dia sebagai kakak sanggup memalukan aku..aku tahu aku bukan PERFECT!! aku sendiri tak pernah berlagak dengan apa yg aku ada, aku sendiri sedar siapa aku..aku tak pernah anggap diri aku yang terbaik...sayang seribu kali sayang sebab cara dia sangat salah..dia memalukan aku dalam fesbuk, tapi ada aku melenting? aku cuma meluahkan yang aku ak sanka cepat sungguh manusia berubah..

kat sini aku nak cakap satu je....urusan yang buat dia bengang sangat tu, bukan antara aku dengan dia..aku cuma orang tengah dan dia tak ada hak nak mempertikaikan aku perfect atau tak...2 tahun aku kenal dia sepatutnya dia tahu siapa aku, dia sepatutnya kenal aku..jangan sebab marah, sebab duit, manusia terus berubah..aku memang bukan perfect dan masalah yang buat dia bengang sangat u tak ada kaitan langsung sama ada aku perfect atau tidak..!

manusia ni bila dah pandai sikit, dah belajar tinggi sikit, macam ni la jadinya agaknya..takpe la..yang aku perlu buat sekarang ni hanyalah bersabar..satu hari nanti dia pasti menyesal sebab memalukan aku dan pasti Allah akan tunjukkan kebenaran..kat sini jugak aku beritahu aku memang bukan perfect sangat dan selalunya manusia jadi jahat sebab org lain punya perangai yang macam apa2...takpe la..pape pun, aku tetap sayang dia, tetap anggap dia sebagai kakak dan tetap hormat dia seperti mana yang dulu..

setiap masalah ada penyelesaiannya..

date Friday, April 30, 2010

bersama sepanduk pasukan rumah aku..Dinamik

dan lagi..eh..manisnya pemegang sepanduk ni =)

ini sebenarnya kisah lama...kisah sukan sekolah yang dah basi..dari sehari ke sehari aku nak dok upload nak berkongsi cerita pasal sukan sekolah ni, tapi sering kali tertangguh..ye la sukan sekolah ni berlangsung beberapa hari sebelum kenduri aku, tu yang manjang tak sempat je..hehe jangan marah ye kalau cerita ni dah basi dah patut muntah2 kalau tengok..hehe

bersama sebahagian guru rumah pasukan dinamik..

erm rumah Dinamik ni juara keseluruhan..aku tatau la sebelum2 ni dia juara keseluruhan jugak atau tidak..tapi tgk2 terer gak bebudak dia...yang pasti, aku tak kenal langsung pun wira dan wirawati pasukan ni..ye la kebanyakan mereka dari sesi pagi, aku ni plak sesi petang..so tak berapa kenal la..erm tak kisah la kenal ke tidak janji diorang dah jadi JUARA..! pape pun, tahniah walaupun cerita dah basi...!

JUARA!!

date

hampir 2 months 1 weeks 2 days kami bersama, en.rizal telah mencadangkan beberapa perkara yang menarik lagi tertarik..aku sangat suka dan besh! cadangan dia memang boleh diterima dan tidak sepatutnya ditolak mentah2..apa cadangan dia?
1. setiap bulan, kami KENA beli buku..ikut la camne pun..2 buku 1 majalah atau 3 buku atau 2 buku atau 3 majalah atau 1 buku 1 majalah atau camne sekalipun janji setiap seorang dari kami diMESTIkan membeli buku selaras dengan kempen 'Marilah Membaca'.. erm en.rizal, kalau sebulan 2 kali beli buku tak leh ke? hehe

ini buku untuk bulan ni

2. setiap bulan juga, kami AKAN menonton 1 movie..yahoo serononknya sebab kitorang ni jarang2 sikit nak tengok movie..dari bercinta sampai bertunang, memang boleh dikira berapa sangat je movie yg kitorang tengok..bukan ketinggalan zaman, tapi elakkan maksiat haha ada la yang nak muntah hijau nantikan..bulan pertama sebelum ni kitorang tengok 3d movie, How To Train Your Dragon dan untuk bulan ni kitorang plan nak tengok jumaat malam sabtu ni...yahooo!

3. kalau ada rezeki terpijak terlebih sikit, kitorang boleh berjalan2 bercuti2 dalam masa 2 bulan sekali..erm tapi tu bergantung pada perbelanjaan kitorang dulu la..macam bulan lepas kitorang dah bercuti ke Danga Bay, cukup la kot sebab bulan depan nak kena ulang alik 2 minggu berturut2 ke Shah Alam pulak..uissh banyak tu duit nak gunakan..

4. setiap hujung minggu akan dibahagikan seadil2nya..hujung minggu kitorang akan dibahagikan kepada 2 pihak iaitu pihak keluarga aku dan pihak keluarga en.rizal..contohnya kalau hujung minggu ni diperuntukkan untuk keluarga aku, makanya minggu depan diperuntukkan untuk keluarga en.rizal..tetapi jikalau ada sesuatu perkara yang memerlukan kitorang berdua sahaja contohnya bulan depan kami akan berulang alik ke Shah Alam, maka kami akan membuat pembahagian harta hujung minggu semula...

5. penyimpanan rm50 seorang x 2, bermaksud rm100 sebulan diperuntukkan untuk bakal anak kami ceewahh..walaupun macam samar2 je tapi kami harus tegas dalam hal ni..penyimpanan duit rm100 sebulan ni bermaksud setaip kali hari lahir, hadiah hari lahirnya ialah duit sebanyak rm1200..paham? tak paham kena buat2 paham la eh ini bermaksud sampai je umur anak kami 18 tahun, dia dah ada simpanan sebanyak rm21600..banyak tu..boleh buat bayaran dia belajar di universiti nanti atau perbelanjaan dia nak kahwen..wahh wahh dah fikir sejauh itu? yaa...kami memang telah merancang sejauh itu erm insya Allah..kami akan cuba merealisasikan rancangan ini...


6. en.rizal nak 3 orang anak...opsss
erm insya Allah selagi kami terdaya, kami akan cuba ikut segala perancangan kami ni..yang penting sekarang ni, kami kena banyak bersabar dan berdoa...amin

date Thursday, April 29, 2010



semenjak dua menjak ni, ni la website / forum yang aku tak jemu menjengah..kalau sebelum ni aku pembaca tegar forum cari, tapi kali ni aku dah berpaling tadah..erm berpaling tadah demi kebaikan aku sendiri..dan aku dapat banyak info dari forum yang baru ni..jengah2lah kalau korang berminat, dr.hamidarshad..tak semestinya korang nak hamil, dah hamil atau apa2 saja baru boleh masuk forum ni..setakat nak menambah ilmu apa salahnyakan...aku sendiri baru sebulan lebih join forum ni..TERlalu banyak info yang berguna, dari aku zero sampai aku dah tahu sedikit..bayangkan benda yang org perempuan sepatutnya tahu, aku sendiri tak tahu..tapi lepas join forum ni, aku dah jadi tahu...eh paham ke apa aku type ni?


so, sesapa yang merancang untuk hamil, yang rasa diri dia macam dah hamil, yang dah pasti upt dia +ve, yang dah hamil beberapa bulan, yang dah ramai anak atau mereka2 yang tak berkaitan dengan hamil, nak join forum ni apa salahnya..banyak info yang kita tatau sebelum ni semuanya ada..korang pasti tak menyesal..so apa tunggu lagi..jadi member ok!

kisahadique : insya Allah menjelang 10 Mei aku akan umumkan berita gembira...doakan yang terbaek untuk aku ye..amin

date Wednesday, April 28, 2010