mulai hari ni jika berkesempatan aku akan cuba bercerita dan berkongsi dengan kawan2 di luar sana persiapan yang belum nak basi sangat menjelang majlis yang cukup membahagiakan aku :) aku bukan nak mendabik buah dada, tapi cuma nak berkongsi kegembiraan dengan semua..dan kalau kalian semua nak tahu, bahawa  segala penderitaan, kesusahan, halangan, dugaan dan cabaran yang aku tempuhi selama ni berjalan dengan lancar tanggal 19-20hb Feb yang lepas..aku bersyukur sangat2 atas apa yang telah Allah berikan pada aku..dan aku rasa, tak salah kalau aku kongsikan kegembiraan ini..ye kan?

cerita pertama mengenai photog..erm photog yang menjadi pilihan kami ni entahlah tak tahu yang keberapa..bukan sebab cerewet atau apa cuma banyak masalah yang timbul kala mencari photog yang terbaik..yang memula en.rizal (gelaran baru bagi en.tunang sebelum ini) carikan, tapi sebab proses nak deal terlalu lambat makanya aku rejek..kemudian dapat orang kampung gak yg bagi servis agak murah dan walllaaa..tapi bermasalah juga sebab 'mereka itu' di luar sana yg ramai2 kerek sangat..opss jangan marah nanti kena jual...dan en.rizal agak frust gak sebab dah 3,4 photog yang dia cari semuanya aku rejek...at last aku sendiri yang cari dan aku jumpa areteam..en.rizal pun deal la dengan photog itu dan alhamdullilah aku suka cara mereka :)


ini antara hasil kerja areteam sewaktu majlis aku..klik blog areteam ni jangan tak klik...kalau korang berkenan, apa lagi, kasi kol la sama areteam..dia akan bagi service yang terbaik punya.! aku berani jamin..dan jugak service terbaik aku dapat dari faiz, sekapal dengan areteam..ni antara hasil kerja faiz..


walawey...rasa nak pergi semula ke tarikh 2 minggu lepas la..rasa tak puas muka aku ni ditembak..haha chubby2 aku pun photog 2 orang tu tetap tembak muka aku ni..haha memanglah, dah bayar kan..kami buat outdoor session dekat Raiway Station Kluang..satu tempat je sebab dah petang2 sangat la..lagipun kesian pulak orang2 kat rumah tu bila pengantin keluar..rasa macam tak menghormati tetamu je..sebab sesetengah pengantin aku tengok suka sangat buat outdoor session ni kala waktu puncak saudara mara dan sahabat handai nak balik..ishh diorang dah datang dari jauh, belajarlah menghargai..so, pada bakal pengantin, pilih masa dan waktu yang sesuai masa nak buat outdoor session ni..jagalah hati mereka2 yang datang..


last but not least, aku dan en.rizal amat2 berpuas hati dengan hasil kerja 2 bro yang datang jauh dari london rengit, batu pahat ni :) service mereka amat tip top dan aku masih sabar menanti album2 kami yang hanya akan siap mungkin bulan 5..huhu tak sabar sebenarnya tau..untuk areteam dan faiz, terima kasih daun keladi..lain kali kita buat acara menembak dalam studio plak eh? tapi harga boleh kasi kauntim baek punya la eh...huhu

date Tuesday, March 9, 2010

7 kisahadique.. to “Kahwen #1 : Gambar Photog”

  1. FTN
    March 9, 2010 at 10:27 PM

    nice picss!! tahniah, selamat pengantin baru! :D

    Reply
  1. AdIQuE
    March 9, 2010 at 10:31 PM

    thanx so much...photog 2 org u memang besh dan terbaek dari ladang..hehe doakan sy ye :)

  1. mrhasifrahman
    March 10, 2010 at 6:20 AM

    selamat pengantin baru !

    sweet~~ =)

    Reply
  1. AdIQuE
    March 10, 2010 at 8:01 AM

    nice nick Mr. Chenta :)
    thanx eh...
    wahh dapat ptd ek Mr. Chenta? huhu tahniah...kita ni tak dapat :( takpe la bukan rezeki..mungkin tu semua rezeki org lain...

  1. Cik Norfa
    March 25, 2010 at 4:52 PM

    tinggi betul suami awak tu lompat..hihihi...

    Reply
  1. AdIQuE
    March 26, 2010 at 10:09 AM

    cik norfa - melompat kegirangan..kegembiraan..kesyukuran..pengorbanan kami selama 4 tahun berbaloi akhirnya tu yg buat dia melompat lebih tinggi.. :)

  1. LadyD
    July 4, 2011 at 10:53 PM

    salam..masa adik saya kawen pun kami sekeluarga memilih areteam jugak..terbaik..

    Reply

Leave a Reply: