esok merupakan hari kebesaran seluruh umat Islam di dunia..kita, satu dunia akan bersama2 menyambut kedatangan Aidil Adha atau nama lainnya, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji..ada sesetengah negeri kat semenanjung ni yang tak berapa sambut raya haji ni, sebab mereka lebih mengutamakan hari raya aidilfitri..dan ada sesetengah negeri plak yang sambut raya haji ni secara besar2an..bagi aku sekeluarga, tak kira raya aidilfitri ke raya haji ke sama je kemeriahannya..mak akan tetap sibuk di dapur, akan mula menyanyi riang dan lantang, ayah sibuk ke sana ke mari mencari lembu yang hilang..tapi seperti tiga tahun yang lepas, sambutan raya kami tetap ada kekurangannya...kami kekurangan along dan keluarga =(
erm buat pengetahuan semua, raya haji tahun lepas aku sambut di cardiff..ni lah sekali seumur hidup aku beraya di perantauan, jauh beribu batu2..sob sob sob..sedih sedih gak tapi kurang sket la sebab terhibur dengan 3 org gepren aku tuh..hehe malam raya kawan2 along aku datang bertakbir kat rumah..sangat syahdu tau, teringat kampung halaman, apa la mak dengan ayah tengah buat masa tu kan..hehe pas kawan2 along dah balik, aku tolong along dok siang2 sayur sebab kak long kena masak kuah lodeh utk dibawa ke dewan sempena sambutan raya haji bersama2 pelajar dari malaysia..
gambar kat atas ni la 3 orang gepren aku...grrr macam2 perangai diorang ni tau..ada yg mudah tersentap, ada yg tak suka aku, ada yg sayang sangat kat aku, ada yg garang, ada yang manja...hehe tak kisahlah macamana pun perangai diorang, aku tetap sayang kat diorang! gambar kat atas ni la yang kitorang sambut raya, apa ntah nama dewan ni aku tatau la..diorang semua berkumpul, bertakbir, sembahyang raya dan ada makan2..perghh gila ramai tau rupa2nya students malaysia kat cardiff ni..ni pun agaknya separuh kot..pape pun, aku rasa syukur sangat2 masih dapat menyambut raya walaupun jauh di perantauan..
erm kejap je masa berlalu..kalau ikut bulan islam, dah setahun aku selepas menjejakkan kaki ke bumi british tuh..tapi kalau ikut bulan tak islam, bulan depan baru cukup setahun..walaupun setahun, aku rasa cam sekejap je masa berlalu, rasa tak puas pun bermanja dengan gepren 3 orang tu, walaupun hampir 3 minggu dekat cardiff rasa macam tak cukup jek...tak kisahlah, ada rezeki aku teringin gak nak honeymoon kat sana, nak bawak en.tunang pegi stadium tgk MU lawan..diakan kipas-susah-mati MU..!
erm macamana sekalipun, yang penting sekarang kita raya dulu...sesapa yang balik kampung tuh, drive baik2 jangan laju2, jangan terkorban plak sebab sok hanya binatang berkaki 4 yang boleh dimakan sahaja akan dikorbankan dan, kami sekeluraga akan tetap setia menanti kepulangan along sekeluarga..tak lupa gak buat kak adie yg ada kat denmark tuh..
SALAM AIDILADHA...MAAF ZAHIR DAN BATIN