salam ramadhan semua...hari ni 25 Ramadhan, aku dan sekeluarga + Fatin, Fatihah dan Farhan berbuka puasa di Asrama Anak Yatim, Kluang di Jalan Kolam Air..kalau org kluang semua tahu kat mana lokasi asrama ni...
aku tiba kat asrama tu lebih kurang 10 minit lagi nak berbuka posa..lambat sebab aku fetch dak 3 org tuh..then kitorang terus ke dewan makan..masuk ke dewan makan, sayu je aku tgk anak2 lelaki dan perempuan tu..sambil2 menunggu waktu berbuka puasa, mereka bezikir..
allahhu akbar...allahhu akbar...masuk waktu berbuka, salah setiap anak lelaki membacakan doa berbuka puasa...kami dihidangkan air masak, kurma dan sedikit kuih muih..tak silap aku ada 3 jenis..kuih cara, custard dan sata..aku tengok anak2 tuh sume berselera jek makan..sempat gak aku snap gambar diorang tgh makan tuh..ada yg malu2..biasalahkan...
siap makan kuih muih, diorang baca doa selepas makan menandakan mereka harus berhenti makan untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah..tertib jek aku tgk anak2 tuh sumer...kami berjemaah di surau yang disediakan dan usai solat kami menuju semula ke dewan makan untuk makan berat iaitu nasi...lauk hari ni ialah sambar udang, tomyam campur dan ikan goreng bersama nasi putih..kalau buka kat mah tak cukuo ni sume kan..tapi aku tgk anak2 tuh sumer lalu, berselera je makan..mereka redha dengan rezeki yang diturunkan pada mereka...
usai makan, mereka dikehendaki membasuh tray dan cawan masing2..cawan lepas basuh kena gantung berdasarkan nombor masing2..aku lupalah nak snap tempat gantung cawan tuh...ishhh rugi..tak lama lepas tuh, penaja Iftar Ramadhan hari ni ayahanda aku, Hj Alel b Aripen memberikan sedikit ucapan berselitkan doa dan harapan kepada anak2 tersebut..kemudian, anak2 tuh semua disunbangkan sedikit 'jajan'...alhamdullilah....
usai makan, mereka dikehendaki membasuh tray dan cawan masing2..cawan lepas basuh kena gantung berdasarkan nombor masing2..aku lupalah nak snap tempat gantung cawan tuh...ishhh rugi..tak lama lepas tuh, penaja Iftar Ramadhan hari ni ayahanda aku, Hj Alel b Aripen memberikan sedikit ucapan berselitkan doa dan harapan kepada anak2 tersebut..kemudian, anak2 tuh semua disunbangkan sedikit 'jajan'...alhamdullilah....
aku rasa Iftar ni along aku pun keluarkan belanja, sebab mak ada cakap, awal2 ramadhan along suh wat Iftar bersama anak2 yatim...alhamdullilah..semoga along aku dan keluarganya di Cardiff dimewahkan rezeki dan diberkati olehNya..
kisahadique : aku doakan semoga anak2 tersebut berjaya dalam hidup mereka dan semoga mereka tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan..jauh lagi perjalanan mereka dan aku harap mereka kuat walaupun mereka telah kehilangan org2 yang mereka sayangi...MAKANYA......hargailah ibu dan bapa anda sementara mereka masih ada....PULANGLAH DI HARI RAYA....
September 16, 2009 at 11:13 AM
Baeknyer korang anak beranak. Alhamdullilah...mudah2an diberkati Allah di dunia dan akhirat