awak...
awak adalah kenangan terindah
yang tak akan orang lupakan
orang rasa gembira
berkawan dengan awak
rasa gusar dan takut hilang
bila salam yang dihulur
disambut baik
terima kasih awak..

tapi sekarang orang tak tahu kenapa
orang rasa sedih sangat
pelbagai andaian bermain difikiran
fikiran orang benar-benar berserabut
orang takutlah awak..
orang takut ia akan jadi kenyataan
sebab..orang tahu satu masa nanti
awak pasti akan dimiliki
ketika itu perlahan-lahan
awak lupakan orang..

TIDAK!!

orang tak sanggup memikirkannya
apalagi untuk meghadapinya
orang pernah merasa satu kehilangan
dan..orang tak nak rasa lagi
awak..
sebelum orang sayang awak banyak
sebelum semua terjadi..orang rasa
cukuplah sampai di sini
biarlah persahabatan ini kekal abadi...!!

kisahadique : sajak ni tak ada kaitan langsung dengan sesiapa...cuma aku nak bgtau, sajak ni wujud dari tahun 2001 lagi, masa aku tgh belajar..tetiba aku bukak almari (aku tampal sajak ni dalam almari baju..) dan aku rasa aku nak share sesuatu dgn semua..hehe *tunang tersayang..tak ada kaitan dgn abg eh :))

date Wednesday, August 19, 2009

0 kisahadique.. to “untuk awak..”

Leave a Reply: