hari ni genap 7 bulan we're been together..erm macam2 yg dah kami lalui bersama..ada yang suka, gembira, bahagia, seronok..tak kurang juga ada yang duka, sedih, marah apa semua, tapi tu biasalahkan, dah adat hidup bersama..kalau takut dilambung ombak, jangan tinggal di tepi pantai..begitu juga kalau takut nak gaduh2 dgn suami isteri, ko jangan kahwen..hihi

date Sunday, September 19, 2010

 
 
Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia..setelah sebulan kita berpuasa akhirnya tiba hari yang cukup mulia ini..syukur syukur aku dapat sambut lagi hari yang mulia ni dan paling bererti buat aku ialah aku dapat merayakan bersama incik suami yang tercinta..mohon maaf andai ada tersilap kata tersalah bahasa..maaf zahir dan batin..

date Friday, September 10, 2010


Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari erti Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

malam tadi episod akhir cerita sempena ramadhan ni, Syurgamu Ramadhan..kalau nak tahu, aku tak follow pun cerita ni tapi bila dengar lagu dan tgk² iklan dia, macam menarik plak..dan last episode malam td merupakan kali ke-2 aku tgk citer ni..kali pertama minggu lepasnya yg 4 beradik tu pindah masuk rumah atok dia dan malam td..walaupun follow cerita ni hanya 2 kali, aku macam dah tangkap ikan cinta tau..semua pelakon dia sepatutnya diberikan 5 bintang..memang superb lakonan diorang..paling aku tak sangka yang zarina leh bawak watak mak usu yg jahat mcm tu..ish ish harap² aku yg mak usu gak ni tak lah jahat dengan anak² sedara aku dan incik suami kan..mintak jauh!

harap² tv3 dapat siarkan lagi cerita macam ni pada tahun² depan..memang tak bosan langsung! kalau boleh malam² raya tu siar la cerita yang senonoh sikit..ni aku tengok sambutan raya tahun ni, semuanya berebut² nak siar cerita hantu..wooo apa kes ni??mentang²lah hantu baru lepas, korang semua dok pakat nak tayang cerita hantu plak ehh??ok ok tanak membebel² lagi..speaker dah nyaring kat bawah..tata titi tutu..

date Thursday, September 9, 2010

kelmarin (isnin), aku, incik suami, mak, ayah dan fatyen berbuka puasa dekat SDS..erm kalau tak silap ni kali keempat kitorang buka kat luar dan pertama kali berbuka di SDS untuk tahun ni..ayah tahun ni macam tak gemar plak nak berbuka dekat luar..dia kalau nak buka dekat luar, nak make sure ada surau atau paling tidak bilik kecik untuk sembahyang maghrib..tidak kalu, sori la dia nak pegi..masa makan kat SDS ni pun kitorang berempat pegi dulu, usai ayah solat maghrib, baru dia tiba..
ayah kelaparan dan segak berbaju melayu..tu muka lapar sangat tu tau..hihi
ni pun muka lapar gak..saat2 menanti waktu berbuka puasa..amboi penuh ek pinggan mak tu =)
ni puteri bongsu..kali ni giliran dia plak berbuka dengan kitorang..makan banyak tau dia ni..
incik suami konon2 suap makan sedangkan dia dah kenyang gila dah tu..
ni nasi goreng + ayam kari + ayam goreng + kurma + buah..belong to incik suami
eh eh..pasangan dua secoli sejoli ni makin hari makin mesra alam la..hihi
eh..ada lagi..ish tak leh nak berenggang langsung la pasangan cantik kacak manis ni..
usai makan kitorang singgah sat ke IG Mobile untuk cari porch si cantik manis aku..tapi still belum ada dlm pasaran kat kluang ni..ish lambat sgt la nak tiba..kat jb aritu dah ada tapi tak beli plak..kan dah nyesal..padan muka kat diri sendiri..takpe la aku tunggu lagi kot2 ada yang baik hati nak belikan buat seprise ke..hihi dah setel pegi kedai tu kitorang terus balik rumah..niat di hati nak pegi gerai ramadhan jalan2 tgk tudung, hujan plak..so lenkali je la..erm thanx to ayah sebab sudi tong2 bayar berbuka posa ni..tahun depan belanja lagi eh..insya Allah..panjang umur kita jumpa lagi ramadhan 1431..

date Wednesday, September 8, 2010