Salam Aidilfitri buat semua..syukur alhamdullilah aku dapat berjumpa lagi dengan bulan Syawal..rasanya tahun ni merupakan tahun yang cukup memberikan 1001 cabaran pada aku..cabaran yang pada mulanya aku tak mampu nak tanggung tapi lepas dimotivasikan oleh sang suria suami, aku semakin kuat! aku tahu Allah sayang pada aku, sebab tu Allah turunkan pelbagai dugaan dan cubaan untuk aku..aku redha!

aku harap sampai ke penghujung tahun ni, aku akan menjadi orang yang semakin kuat..bulan ramadhan yang semakin meninggalkan kita ni banyak mengajar aku erti kesabaran..selain menjadi seorang yang sabar, aku cuba menjadi yang terBAEK juga..sepanjang doa selepas bersolat aku tak lupa titipkan doa..
Ya Allah Ya Tuhanku...jadikanlah aku isteri yang baik untuk suamiku, jadikanlah aku anak yang baik untuk kedua ibu bapaku, jadikanlah aku adik yang baik untuk abang dan kakakku, jadikanlah aku kakak yang baik untuk adik2ku, jadikanlah aku guru yang baik untuk anak muridku, jadikanlah aku pekerja yang baik untuk majikanku dan Ya Allah..jadikanlah aku hamba yang TERbaik buatmu ya Allah...amin
sempena bulan baik hari baik ni, aku dengan rendah diri memohon seribu kemaafan buat semua..buat semua rakan2ku, saudara mara, sahabat baik mahupun tidak..aku tahu banyak kesilapan yang telah aku lakukan selama ni secara sengaja atau tidak..aku minta dihalalkan makan minum duit dan segala2nya..insya Allah andai ada rezeki aku akan cuba juga membalas jasa korang semua..raya ni jangan lupa balik kampung ye, jenguk2lah mak ayah yang dah rindu sangat kat korang semua..mana yang dah berbelas tahun, berpuluh tahun tak balik kampung tu, buat2lah balik..takut korang dah lupa jalan balik kampung korang je (",)

SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

date Tuesday, September 7, 2010


rasanya hampir 2 tahun aku tak ketemu dengan lil' nieces aku ni..last aku ketemu mereka Disember 2008..tak silap alifah baru 8 bulan dan tahun ni dia dah 2 tahun lebih..si alisya plak dah jadi anak dara cun je dan aliyah still maintain cute! bila aku nak jumpa diorang lagi pun wallahualam..tapi dlm planning along sekeluarga mungkin balik hujung tahun ni..kalau tak silap, kak long bgtau nak balik lepas Boxing Day..

video kat atas ni my lil' nieces tengah main buai kat taman..erm tak sure aku penah jejak ke tidak kat taman ni..yang buat hati aku sayu je bila dengar si alifah dah pandai cakap..aku sangat2 curious camne la budak se kecik alifah tu leh speking omputih dan pandai menyusun ayat..ishh ajaib sungguh..tapi jangan nanti dia jadi macam aliyah yg dah tamau cakap melayu sudah la eh..aliyah, acu nak pesan ni..Bahasa Jiwa Bangsa!

it's ok..yang penting aku tetap rindu depa bertiga..rasa tak sabar sangat2 nak gomol2 dengan diorang ni..erm nampak gaya raya tahun ni kita still tak dapat spend bersama2 lagi..takpe la insya Allah tahun depan kita together2 eh...duet raya pun postponed tahun depan tau..

date Monday, September 6, 2010

jangan terperanjat...jangan cuba gosok2 mata anda semua..hihihi apa yg anda nampak semuanya kenyataan...haa belog aku dah berwajah baru..sempena tahun baru ni..opss sempena nak menyambut aidil fitri, aku nak buat perubahan sikit..dan perubahan ini akan sentiasa berubah sampailah aku puas hati..buat masa ni rupa baru ni hanya temporary, dan team creativity akan dipanggil untuk mencantikkan lagi rupa belog ni...

date Friday, September 3, 2010

date Thursday, September 2, 2010